Bantahan Menara Masjid di Switzerland
Negara Eropah sering ditonjol sebagai amat toleran, terbuka, memperjuang kesamarataan, dan jenama yang seangkatan dengannya. Negara seperti Switzerland, Austria, Belgium, Norway, Sweden dan lain-lain sering menjadi rujukan oleh pejuang HAM sebagai contoh negara mengamal dasar keterbukaan dan berdemokrasi. Namun semua itu hilang dan terhakis apabila berdepan dengan hak dan isu yang menyentuh agama Islam. Contoh paling terkini adalah referendum yang diadakan oleh rakyat Switzerland ke atas usul bantahan membina menara masjid. Referendum tersebut mendapat sokongan majoriti rakyat yang keluar mengundi. Bermakna warga Swiss bersetuju menyekat sebarang usaha membina menara masjid di mana-mana masjid di Switzerland.
Siapakah di kalangan warga Swiss yang memain peranan dalam mengadakan referendum bantahan tersebut. Menurut islamonline mereka adalah tiga kelompok berikut;
- The first one is a section, and only a section, of the right-wing anti-immigration party "Union Démocratique du Centre" (UDC).
- The second one is a very marginal party, the Union Démocratique Fédérale (UDF), which is the political expression of the Swiss evangelists.
- Finally, there is a loose network of intellectuals who mobilize themselves against Islam as a political ideology.

Sebuah Masjid di Zurich (sumber - wikipedia)
Bagi mengetahui maklumat mengenai warga Islam di Switzerland baca di sini -switzerlandisyours dan wikipedia; mengenai komuniti Islam baca di sini;










