Tokoh Sufi Tersohor
Apabila topik mengenai Sufi ditulis dalam buku beberapa nama tokoh awal Sufi pasti disebut. Pengarang buku sama ada dikalangan penulis Muslim mahu pun pengkaji Barat pasti menyenaraikan sebilangan tokoh Sufi terkenal. Antara nama tokoh Sufi tersebut akan cuba disenaraikan (i.e., diambil dari petikan bacaan buku Introducing Islam oleh William Shepard, 2009);
Hasan al-Basri (642 - 728)
Rabi’a al-Adawiya (w.801)
Harith al-Muhasibi (781-837)
Dhu al-Nun (w.861) -beliau berasal dari Mesir dan yang pertama memperkenalkan elemen sufi bersangkutan teori ma’rifa, idea tentang fana’ dan baqa’.
Bayazid Bistami (w.875) tokoh sufi pertama yang di sebut sebagai "intoxicated". Beliau juga yang memperkembangkan konsep fana’. Bistami turut meminjam konsep ‘mikraj’ apabila mengisahkan model pengalaman beliau.
Abu al-Qasim al-Junayd (w.910)- pernah menjadi guru kepada al-Hallaj. Beliau digelar sebagai "sober" Sufi.
Abu al-Husin al-Nuri (w.907) - memperkenal konsep ‘ishq (passionate of love). Beliau meninggal dunia dalam keadaan ecstasy melukai kakinya sendiri namun beliau tidak merasai kesakitannya.
al-Hallaj (w.922) -beliau dihukum bunuh kerana pengakuan al-haq. Namun sebab sebenar hukuman mati adalah kerana politik penguasa yang bimbang terhadap pengaruh al-Hallaj. Beliau juga amat mengharap kepada syahid.
Selain nama-nama di atas banyak lagi tokoh sufi terkemudian yang ketokohan mereka membawa kepada wujudnya berbagai kumpulan Tarikat. Antara tokoh Sufi dalam kategori ini adalah Syeikh Abd al-Qadir al-Jailani (w.1166); Abu Hafs al-Suhrawardi (1145-1234); Abdallah al-Shadhili (1196-1258); Ahmad ibn ‘Ali al-Rifa’i (1106-1182); Jalai al-Din al-Rumi (1207-1273); Baha’ al-Din Naqshband (w.1390); Ahmad al-Badawi (1199-1278) dan Ali al-Bayyumi. Sebagaimana al-Hallaj tokoh Sufi al-Suhrawardi juga telah dijatuhi hukuman mati kerana mempertahan pegangan pemikiran kesufian beliau.
Sebuah Blok Pengajian - Masjid Daerah Tanah Merah
- - - - -
