World Day Against Death Penalty
Tarikh 10 Okt merupakan Hari Menentang Hukuman Mati Sedunia. Siapa yang mempromosi tarikh tersebut? Menurut wiki keputusan memperingati HMHMS diputuskan dalam satu persidangan di Rom pada tahun 2002. Selain itu tidak banyak maklumat yang dipaparkan di artikel berkenaan.
Duta Sweden ke M’sia menulis dalam ruangan Letter Today akhbar The Star menggesa kerajaan M’sia mempertimbang untuk menghentikan hukuman mati dalam sistem perundangan negara. Isu menghentikan hukuman mati pasti mengundang pro dan kontra. Kepada para ulama pula mereka mestilah menyuarakan isu tersebut di sudut pandangan syariat Islam. Beberapa bacaan mengenai isu berkaitan boleh baca di sini -Hak Hidup dan Hukuman Mati (artikel.org) dan apakah hukuman mati melanggar HAM? (id.shvoong)
- - - - -

Kompleks Hentian Bas dan Teksi di Hung Hom, Kowloon, Hong Kong
Hong Kong adalah antara sebilangan kecil negara Asia yang telah membatalkan hukuman mati. Pembatalan hukuman mati mula terpakai pada tahun 1993. Dua buah negara lagi iaitu Guinea-Bissau dan Seychelles turut menamatkan hukuman mati pada tahun yang sama. Baca senarai penuh negara yang menghentikan pelaksanaan hukuman mati di sini - (amnesty.org).
Selain HMHMS banyak lagi hari sambutan sedunia dalam bulan Oktober. Sambutan tersebut bermula dengan Int Day of Older Person pada 1 Oktober membawa kepada United Nation Day dan World Development Information Day pada 24 Oktober. Lihat senarai tersebut di sini.
- - - - -
