KFC M’sia vs KFC India
Dalam berita bisnes, KFC Holdings (M) Bhd mengumumkan langkah melebarkan perniagaan mereka ke India. Sebagai permulaan KFC bercadang membuka dua premis baru di Mumbai dan Pune. Buat masa ini hanya ada sejumlah 52 outlet KFC di seluruh India termasuk 3 di Mumbai dan 2 di Pune.
Bandingkan pula dengan negara kita - setakat Oktober ‘09 sudah ada sejumlah 450 outlet. Tahun ini KFC mensasar untuk menambah 40 outlet baru (15 telah dibuka setakat ini). Pada tahun depan pula 30 lagi outlet di rancang untuk dibuka.
Nota: harga saham KFC meningkat naik sebagai reaksi kepada pengumuman tersebut. Pada Ogos Rm6 kini naik Rm7.80 (Okt ‘09).

Premis KFC Komtar
- - - - -
