Unit Perubatan Traditional & Komplementari
Rawatan dengan teknik perubatan traditional semakin mendapat pengiktirafan dari pihak hospital. Takrifan mengenai teknik perubatan traditonal atau Traditional Complementary Medicine (TCM) boleh diperolehi dari maklumat yang dipaparkan oleh Kementerian Kesihatan melalui portal MyHealth. Rawatan TCM meliputi acupuncture, ayurvedic dan rawatan tradisional pesakit kanser dan strok.
Signage Klinik TCM Hospital Sultan Ismail
Traditional Complementary Medicine (TCM) di hospital kerajaan diluluskan oleh Kabinet pada 11 Januari 2006. Kini Unit Perubatan Traditional & Komplementari telah ditubuhkan di beberapa hospital terpilih.Setakat ini TCM telah beroperasi di tiga tempat iaitu Hospital Putrajaya, Hospital Sultan Ismail (JB) dan Hospita Kepala Batas. Maklumat lengkap mengenai pentadbiran TCM di hospital kerajaan boleh baca di sini - website t&cmd.
Klinik TCM Hospital Sultan Ismail
Menjelang akhir tahun 2009 TCM akan beroperasi di tiga lagi hospital iaitu Hospital Sultanah Zanariah (Kuala Trengganu), Hospital Duchess of Kent (Sandakan) dan Hospital Besar Kuching.
- - - - -
