Senarai Makanan Warisan
Pewartaan sesuatu sebagai bahan warisan kini menjadi isu besar sama ada dalam negara mahu pun di luar negara. Di dalam negara tugas memilih untuk penarafan bahan warisan menjadi bidang tugas KKKW. Pewartaan bahan warisan boleh disemak dalam sistem daftar warisan yang dibangunkan oleh Kkkw. Kini sejumlah 100 jenis makanan telah dimasukkan ke senarai objek warisan (lihat sub-kategori: objek warisan tak ketara).
Senarai tersebut terlalu panjang namun di antara yang teratas adalah acar buah, ABC, air kelapa, apam balik, bahulu, budu, cendol, char kuay teow Penang, dodol, gulai tempoyak ikan patin, kari kepala ikan, keropok lekor, masalodeh, mee mamak, nasi ayam, nasi lemak, otak-otak, pisang goreng, roti canai, sambal belacan, seri kaya, teh tarik, telur pindang, tosai dan wajik.
Apabila senarai tersebut diumumkan banyak pihak yang terkilan kerana ada makanan pilihan mereka yang tidak tersenarai. Paling ramai yang menyuarakan bantahan adalah para peniaga yang menjual makanan tertentu yang kecewa kerana tiada dalam senarai berkenaan. Antaranya adalah peniaga laksa pulau pinang dan juga mee kari pulau pinang.
Menu kuay teow tomyam (hidangan Secret Recipe)
- - - - -
