geopractice

October 1, 2009

Tempat Berniaga Changkat Jering

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 9:00 am

Para peniaga kecil Melayu berniaga di tepi-tepi jalan adalah suatu yang wujud di mana juga tempat di negara kita. Tidak kira pekan kecil, di taman perumahan, malah di bandar besar pun itulah yang berlaku. Berbagai tafsiran boleh dibuat mengenai hal tersebut. Antaranya kita boleh kata peluang perniagaan ada di mana-mana, dah semakin ramai orang Melayu yang minat berniaga, para peniaga tersebut menunaikan fardu kifayah kepada orang awam yang perlukan sesuatu dari perniagaan mereka. Dan macam-macam lagi.

Tetapi yang pastinya kewujudan para peniaga ditepi jalan memberi imej yang tidak begitu baik. Sampah yang bertaburan di sekeliling tempat berniaga mencacatkan pemandangan. Kenderaan yang berhenti sesuka hati menyebabkan aliran trafik tidak lancar. Malah mengundang bahaya kemalangan jalanraya.

Peniaga kecil berhampiran Taman Changkat Maju

Sudah sampai masanya pihak tertentu menyediakan banyak ruang niaga secara terancang untuk kebaikan para peniaga dan juga para pengunjung. Yang peliknya di sesetengah tempat ada ruang niaga yang telah dibina tetapi tidak pula digunakan walau pun telah lama siap. Satu contoh yang boleh disebutkan ialah berhampiran Taman Changkat Maju (berhampiran Pasar Minggu Changkat Jering).

Sebuah komplek perniagaan baru telah dibina dengan pembiayaan kerajaan persekutuan. Para peniaga tidak mahu berpindah ke situ kerana menurut mereka tidak ramai pelanggan yang datang. Puncanya kerana kompleks tersebut banyak tangga dan pelanggan jadi malas dan tak sanggup memanjat tangga tersebut. Macam mana tu.. dah buat pun salah juga!

- - - - - 

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://geopractice.blogsome.com/2009/10/01/tempat-berniaga-changkat-jering/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph