geopractice

October 27, 2009

Tokoh Sufi - Ibnu Arabi

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:08 pm

Ibnu Arabi merupakan seorang tokoh sufi yang terkenal dan juga kontroversi. Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah al-Hatimi al-Ta’i al-Andalusi. Beliau lahir di Andalusia pada tahun 560H/1165M dan meninggal dunia di Damsyik pada tahun 638H. Menurut riwayat hidup beliau ayahnya berkawan dengan Syeikh Qadir Jailani dan pernah meminta beliau mendoakan agar mendapat anak. 

Ketokohan beliau dan juga beberapa aspek kontroversi beliau menarik perhatian ramai para pengkaji. Oleh itu banyak buku mengenai beliau telah ditulis oleh pengkaji tempatan dalam bahasa Melayu. Antaranya adalah buku Ibn Arabi: Tokoh Sufi tulisan Profesor Zakaria Stapa.

Buku mengenai Ibnu Arabi

Dalam sebuah artikel "Aliran Tafsir Ibn Arabi: satu tinjauan awal" yang terbit dalam Jurnal Al-Quran & al-Hadith terbitan API UM tahun 2003 ada menyenaraikan para penentang dan juga penyokong Ibnu Arabi. Menurut artikel tersebut antara tokoh yang menentang pendapat Arabi adalah Ibnu Taimiyyah; Radiyu al-Din al-Kayyat; Abu Bakr Ibn Abdullah; al-Sakhawi; Imad al-Din Ahmad al-Wasiti dan Ibn Tulun. Sementara tokoh yang mempertahankan Arabi antaranya adalahMajd al-Din al-Fairuzabadi; Solah al-Din al-Safdi; Qutb al-Din al-Hamawi; Siraj al-Din al-Makhzumi; Kamal al-Din al-Zamalkani; Qutb al-Din al-Syiraz; Fakhr al-Din al-Razi; Jalal al-Din al-Suyuti dan Ibn ‘Ata Allah al-Sakandari.

Surau Abdul Rahman Limbong, Bandar Chukai

- - - - -

October 25, 2009

Buku Sufi Nicholson

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 12:32 am

Sufi merupakan satu topik yang diperbincang dengan panjang lebar bukan sahaja oleh ulama Islam  malah oleh para pengkaji Barat. Banyak buku mengenai Sufi yang telah ditulis dan sesetengahnya bertaraf klasik kerana diterbitkan pulohan tahun yang lalu. Antaranya adalah buku tulisan Reynold Alleyne Nicholson ‘The Mystics of Islam’ pertama kali terbit pada 1913 dan masih diulang cetak pada 1975 dan 2000.

The Mystics of Islam

Kandungan buku berkenaan meliputi bab berikut - Introduction, The Path, Illumination and Esctacy, The Gnosis, Divine Love, Saints and Miracles, The Unitive State, Bibliography dan Index. Kesmua boleh di baca di sini (sacredtext). Sebahagian dari buku tersebut boleh juga baca di google. Sedikit ulasan pendek mengenai Nicholson (1868-1945) boleh baca di sini (sologak1.bspot).

Nota: satu peringatan harus disebut bahawa Reynold Nicholson adalah salah seorang pengkaji Islam Barat yang tergolong dalam kategori orientalis fanatik yang tulisannya mungkin bias terhadap Islam.

- - - - -

October 23, 2009

World Day Against Death Penalty

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 6:08 am

Tarikh 10 Okt merupakan Hari Menentang Hukuman Mati Sedunia. Siapa yang mempromosi tarikh tersebut? Menurut wiki keputusan memperingati HMHMS diputuskan dalam satu persidangan di Rom pada tahun 2002. Selain itu tidak banyak maklumat yang dipaparkan di artikel berkenaan.

Duta Sweden ke M’sia menulis dalam ruangan Letter Today akhbar The Star menggesa kerajaan M’sia mempertimbang untuk menghentikan hukuman mati dalam sistem perundangan negara. Isu menghentikan hukuman mati pasti mengundang pro dan kontra. Kepada para ulama pula mereka mestilah menyuarakan isu tersebut di sudut pandangan syariat Islam. Beberapa bacaan mengenai isu berkaitan boleh baca di sini -Hak Hidup dan Hukuman Mati (artikel.org) dan apakah hukuman mati melanggar HAM? (id.shvoong)

- - - - -

Kompleks Hentian Bas dan Teksi di Hung Hom, Kowloon, Hong Kong

Hong Kong adalah antara sebilangan kecil negara Asia yang telah membatalkan hukuman mati. Pembatalan hukuman mati mula terpakai pada tahun 1993. Dua buah negara lagi iaitu Guinea-Bissau dan Seychelles turut menamatkan hukuman mati pada tahun yang sama. Baca senarai penuh negara yang menghentikan pelaksanaan hukuman mati di sini - (amnesty.org). 

Selain HMHMS banyak lagi hari sambutan sedunia dalam bulan Oktober. Sambutan tersebut bermula dengan Int Day of Older Person pada 1 Oktober membawa kepada United Nation Day dan World Development Information Day pada 24 Oktober. Lihat senarai tersebut di sini.

- - - - -

October 19, 2009

Rezab Hidupan Liar

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 1:24 pm

Ada sejumlah tiga belas Rezab Hidupan Liar yang ditubuhkan di bawah bidang kuasa Perhilitan. Spesis hidupan liar yang dipelihara adalah pelanduk, seladang, landak raya, tapir, badak sumatera, dan badak cipan. Lokasi Rezab tersebut adalah;

1. Sungai Dusun

2. Krau, Pahang

3. Bukit Fraser, Pahang

4. Sungkai Perak

5. Chior, Perak

6. Batu Gajah, Perak

7. Bukui Kutu, Selangor

8. Bukit Sungai Puteh, KL/Selangor

9. Bukit Nanas, KL

10. Kelab Golf DiRaja S’ngor

11. Tanjung Tuan, Melaka

12. Four Bird Island, PD N9

- - - - -

October 12, 2009

Konflik Pemberontak Yaman

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 1:18 pm

Mutakhir berita dari Yaman kerap melaporkan pertelingkahan antara puak-puak di Yaman. Suasana damai di Yaman selepas dua negara berjiran Yaman Utara & Yaman Selatan bergabung pada tahun 1990an kini kembali bergolak. Konflik berlaku di Yaman apabila pemberontak Houthi di utara melancarkan serangan untuk berpisah. Pemberontak Houthi terdiri dari kumpulan Syiah Zaidiyah didakwa mendapat sokongan Iran. Yaman pernah diperintah oleh Kerajaan Zaidiyah. Mereka ditumbangkan 47 tahun lalu (pada tahun 1965). 

Pemberontakan oleh gerombolan Houthi yang berpengkalan di Saada mula tercetus pada tahun 2004. Baca mengenai yang berikut - The Houthi Rebellion di sini ~ al-bab.com dan Conflict in Saada pada tahun 2004.

Ciri senibina menarik (tapi bukan di Yemen)

Sebuah bangunan Dewan Konferens di Taman Tamadun Islam KT

- - - - -

October 11, 2009

KFC M’sia vs KFC India

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 9:30 am

Dalam berita bisnes, KFC Holdings (M) Bhd mengumumkan langkah melebarkan perniagaan mereka ke India. Sebagai permulaan KFC bercadang membuka dua premis baru di Mumbai dan Pune. Buat masa ini hanya ada sejumlah 52 outlet KFC di seluruh India termasuk 3 di Mumbai dan 2 di Pune.

Bandingkan pula dengan negara kita - setakat Oktober ‘09 sudah ada sejumlah 450 outlet. Tahun ini KFC mensasar untuk menambah 40 outlet baru (15 telah dibuka setakat ini). Pada tahun depan pula 30 lagi outlet di rancang untuk dibuka.

Nota: harga saham KFC meningkat naik sebagai reaksi kepada pengumuman tersebut. Pada Ogos Rm6 kini naik Rm7.80 (Okt ‘09).

Premis KFC Komtar

- - - - -

October 10, 2009

Unit Perubatan Traditional & Komplementari

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:45 am

Rawatan dengan teknik perubatan traditional semakin mendapat pengiktirafan dari pihak hospital. Takrifan mengenai teknik perubatan traditonal atau Traditional Complementary Medicine (TCM) boleh diperolehi dari maklumat yang dipaparkan oleh Kementerian Kesihatan melalui portal MyHealth. Rawatan TCM meliputi acupuncture, ayurvedic dan rawatan tradisional pesakit kanser dan strok.

Signage Klinik TCM Hospital Sultan Ismail

Traditional Complementary Medicine (TCM) di hospital kerajaan diluluskan oleh Kabinet pada 11 Januari 2006. Kini Unit Perubatan Traditional & Komplementari telah ditubuhkan di beberapa hospital terpilih.Setakat ini TCM telah beroperasi di tiga tempat iaitu Hospital Putrajaya, Hospital Sultan Ismail (JB) dan Hospita Kepala Batas. Maklumat lengkap mengenai pentadbiran TCM di hospital kerajaan boleh baca di sini - website t&cmd.

Klinik TCM Hospital Sultan Ismail

Menjelang akhir tahun 2009 TCM akan beroperasi di tiga lagi hospital iaitu Hospital Sultanah Zanariah (Kuala Trengganu), Hospital Duchess of Kent (Sandakan) dan Hospital Besar Kuching. 

- - - - -

October 8, 2009

Siapa Bantah Sebat ?

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:35 pm

Isu hukum sebat Kartika kerana minum arak mendapat perhatian besar di media tempatan. Ada pihak yang telah menghantar memoranda kepada pemerintah membantah hukuman tersebut. Siapa yang membantah itu? Antara yang lantang adalah para bijak pandai (?) dari pertubuhan Sisters in Islam (SIS), Kumpulan Tindakan Bersama Jantina (JAG) dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO). Mari kita kenali siapa mereka itu dan kenali para pimpinan yang mengetuainya.

Buku terbitan Sisters in Islam

Sisters in Islam (SIS) aktif menerbitkan buku dari masa ke semasa. Dua buah buku yang ditunjukkan di atas adalah sebahagian buku terbitan mereka. Dua buku tersebut - Fiqh Wanita dan Unveiling the ideal: A new look at early muslim women membincangkan berbagai topik melibatkan aspek wanita dan Islam

- - - - -

October 4, 2009

Makanan berunsur GM

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 6:08 am

GM adalah singkatan kepada genetically modified iaitu satu teknologi kini yang diperkenal dalam penyediaan bahan makanan. Apakah isunya makanan yang ada unsur GM? Setiap teknologi yang diperkenal pasti ada perbahasan mengenai pro dan kontranya. Begitu jugalah dengan makanan berunsur GM. Baru-baru ini Preseden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengeluarkan kenyataan meminta kerajaan mengharamkan semua jenis makanan yang ada unsur GM. Menurut beliau makanan berkenaan ada risikonya kepada kesihatan manusia dan juga binatang. Selain itu makanan mengandungi GM memberi kesan buruk terhadap sosioekonomi dan alam sekitar.

Banyak artikel mengenai hal ini yang boleh kita baca. Makanan berunsur GM mula diperkenal seawal tahun 1990an dan lebih giat dipromosi menjelang tahun 1995. Baca di sini - yadim dan rampaiseri dan dailymail-uk dan geneticallymodifiedfoods-uk. Kacang soya, jagung dan kentang merupakan tiga jenis makanan utama yang berunsur GM.

Lanjutan kenyataan CAP beberapa pihak lain telah turut membuat kenyataan berasingan mengenai isu yang sama. Pengerusi Persatuan Nutrisi Msia, Dr Tee E Siong menjelaskan bahawa makanan berunsur GM adalah selamat. Kenyataan beliau adalah terlalu umum dengan menyebut bahawa makanan GM sebenarnya ada kebaikan. Beliau menyebut makanan GM membantu ketahanan daya tubuh serta tidak mengancam kesihatan.

Pensyarah Jabatan Nutrisi dan Dietetik UPM, Dr Mohd Ismail Mohd Noor pula berkata kesan sampingan makanan GM belum dapat dibuktikan. Beliau juga berpendapat makanan GM mempunyai kebaikan dan kualiti baik. Makanan GM menyumbang kepada menambah stok makanan dan amat perlu bagi negeri miskin yang kekurangan makanan. 

Hidangan makanan segera Burger King (tiada kaitan dengan makanan GM)

- - - - -

October 3, 2009

Senarai Makanan Warisan

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 9:43 am

Pewartaan sesuatu sebagai bahan warisan kini menjadi isu besar sama ada dalam negara mahu pun di luar negara. Di dalam negara tugas memilih untuk penarafan bahan warisan menjadi bidang tugas KKKW. Pewartaan bahan warisan boleh disemak dalam sistem daftar warisan yang dibangunkan oleh Kkkw. Kini sejumlah 100 jenis makanan telah dimasukkan ke senarai objek warisan (lihat sub-kategori: objek warisan tak ketara).

Senarai tersebut terlalu panjang namun di antara yang teratas adalah acar buah, ABC, air kelapa, apam balik, bahulu, budu, cendol, char kuay teow Penang, dodol, gulai tempoyak ikan patin, kari kepala ikan, keropok lekor, masalodeh, mee mamak, nasi ayam, nasi lemak, otak-otak, pisang goreng, roti canai, sambal belacan, seri kaya, teh tarik, telur pindang, tosai dan wajik.

Apabila senarai tersebut diumumkan banyak pihak yang terkilan kerana ada makanan pilihan mereka yang tidak tersenarai. Paling ramai yang menyuarakan bantahan adalah para peniaga yang menjual makanan tertentu yang kecewa kerana tiada dalam senarai berkenaan. Antaranya adalah peniaga laksa pulau pinang dan juga mee kari pulau pinang. 

Menu kuay teow tomyam (hidangan Secret Recipe)

- - - - -

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph