Imam Nawawi
Nama Imam Nawawi pastinya tidak asing kepada sesiapa pun kerana kerap disebut dalam ceramah agama oleh para ustaz. Nama penuh beliau adalah Abu Zakaria Mohiuddin Yahya Ibn Sharaf al-Nawawi. Nama Nawawi itu di ambil dari desa kelahiran beliau iaitu Nawa terletak berhampiran Damsyik. Imam Nawawi lahir pada tahun 631H/1234M. Beliau wafat pada tahun 676H/1278M juga di Nawa ketika berusia 45 tahun.
Banyak kitab telah ditulis oleh Imam Nawawi. Antara yang masyur adalah al-Majmu’ sharh al-Muhadhdhab. Kitab ini telah diterjemah oleh orientalis van den Bergh ke bahasa Perancis pada tahun 1882-84. Kitab Tahdhib al-Asma wal-Lughat pula telah diedit oleh F Wustenfeld dengan judul as the Biographical Dictionary of Illustrious Men chiefly at the Beginning of Islam pada tahun 1842-47.
Sedikit catatan biografi Imam Nawawi di sini -wikipedia, kisahislam. Sebuah koleksi kitab oleh Imam Nawawi sebanyak 27 jilid Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab dipaparkan oleh maktabahdimasyq dan harganya di Jordan 130 (Jordan Dollar).
Sebuah Musola di Pekan Rantau Panjang
- - - - -
