Imam Asy-Syatibi
Berapa ramai nama Imam besar zaman silam yang kita kenali? Cukupkah dengan empat Imam besar yang dikenali melalui Mazhab mereka (i.e., Syafie, Maliki, Hambali dan Hanafi). Banyak lagi nama lain yang akan kita temui kalau kita membaca buku dan kitab agama. Jangan kita ketinggalan pula dari para pengkaji Barat dan ahli orientalis. Satu nama yang hendak diperkenal di sini ialah Imam Asy-Syatibi. Siapakah beliau?
Imam Asy-Syatibi merupakan salah seorang ulama besar dalam bidang feqah. Nama penuh beliau adalah Ibrahim bin Mosa bin Muhammad al-Shatibi al-Gharnati. Menurut artikel wikipedia nama Asy-Syatibi diambil dari sebuah kota iaitu Jativa. Nama itu menunjukkan beliau dari keturunan pendatang migran yang berasal dari kota Jativa di Granada. Beliau hidup sezaman dengan ulama besar seperti Imam Az-Zahabi (w.748H) dan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah (w.781H). Imam Asy-Syatibi wafat pada tahun 790H/1388M.
Imam Asy-Syatibi banyak menulis kitab. Salah satunya yang terkenal adalah Al-Muwafiqaat fi Usool al-Sharia. Kitab berkenaan selalu dirujuk oleh para ulama apabila membincangkan mengenai akidah dan bida’ah. Sedikit catatan mengenai Kitab asy-Syatibi mengenai bida’ah dan kaedah beliau menetap hukum syarie boleh baca di sini.
Sebagai contoh sebuah artikel yang mengkritik golongan yang menyebar pemikiran feqah lintas agama (FLA) di Indonesia banyak memetik pendapat Asy-Syatibi. Baca di sini - hayatulislam.
Masjid Jamek Matang Gerdu, Bagan Serai
- - - - -
