Peter the Venerable dan Qur’an
Salah satu matlamat para orientalis mengkaji mengenai Islam adalah untuk mencari apa saja isu yang membolehkan mereka memburukkan Islam. Usaha mereka termasuklah mengkaji Al-Quran dengan hasrat mencari kesalahan dan menyelewengkan fakta. Pengkajian orientalis secara serius bermula seawal era Perang Salib (iaitu awal kurun ke-11). Tokoh orientalis yang dikaitkan dengan usaha awal ini adalah Peter the Venerable (1092-1156). Beliau merupakan Biarawan kelahiran Peranchis, namanya dieja juga sebagai Pierre le Venerable, Petrus Venerabilis dan Pierre Maurice de Montboissier.
Sebuah catatan mengenai kenapa the Venerable … His name of "the Venerable" was derived from his largeness of body and mind, his benevolent face, and his Christian charity" (petikan dari medievalchurch).

Peter the Venerable (sumber -fareedmujaheed)
Pada tahun 1141-1142 beliau melawat Toledo dan bertemu dengan penduduk golongan Musta’birin iaitu kelompok Kristian Katolik yang tinggal di bawah pemerintahan Islam Sepanyol dan juga kitab Al-Quran. Di situlah bermula minat beliau untuk menterjemah Al-Quran dengan niat untuk membaptis pemikiran umat Islam di Barat. Beliau menubuhkan sebuah pasukan untuk tugas penterjemahan tersebut. Pasukan tersebut dianggotai beberapa orang - Pedro the Toledo (Petrus Toletanus), Hermann de Dalmatie atau Herman Dalmatin (Hermannus Dalmata), Robert Ketton (Robertus Ketenensis) dan seorang yang bernama Muhammad (Mahumeth) yang menterjemah dari Arab ke Sepanyol. Turut terlibat dalam usaha tersebut adalah Peter of Poitiers yang menambah-baik terjemahan versi Latin. Baca sebuah artikel mengenal Qur’an Latin tersebut di sini.
Oleh itu Peter the Venerable patut dikenali sebagai tokoh orientalis silam yang menyerang dan menyelewengkan Al-Quran bertepatan dengan niat buruk agamawan Barat. Berikuat adalah sebuah petikan mengenai usaha Peter the Venerable menyerang Islam melalui pemikiran (dari al-firqotunnajiyyah);
"… Selain menugaskan para sarjana Kristen menerjemahkan naskah-naskah bahasa Arab ke dalam bahasa Latin, Peter juga menulis buku yang menyerang pemikiran Islam. Tentang Al-Qur’an, Peter menyatakan bahwa Al-Qur’an tidak terlepas dari para setan. Setan telah mempersiapkan Muhammad SAW, orang yang paling nista, menjadi anti-Kristus. Setan telah mengirim informan kepada Muhammad SAW, yang memiliki kitab setan (Diabolical scripture)."
Baca catatan Adnin Armas mengenai Petrus Venerabilis dan sejarah studi Islam di Barat di sini - idrusali85. Baca pula catatan Adian Husaini "Pengaruh belajar Islam dari orientalis" yang turut memuat peranan Peter the Venerable di sini - aidstranslate. Baca juga catatan mengenai orientalis dan tokohnya termasuk Peter the Venerable di sini - fareedmujaheed.Sebuah ulasan buku (dalam bahasa Arab) melawan pemikiran orientalis khususnya menjawab Goldziher boleh baca di sini.
Deretan kitab agama tersimpan di rak perpustakaan ipt
- - - - -
