Orientalis Thomas Arnold
Apabila berbincang mengenai para orientalis antara tokoh yang dikatakan agak positif menulis mengenai Islam adalah Thomas Walker Arnold (1864-1930). Arnold pernah bertugas sebagai Professor di Lahore, di Punjab dan terakhir di University of London. Beliau telah menulis sebuah buku The Preaching of Islam. Para ulama umumnya amat kritikal terhadap orientalis walau pun ada antara mereka (i.e., orientalis) yang agak lunak terhadap Islam. Ulama Abu Hassan Ali An-Nadwi menerima Thomas Arnold antara orientalis dalam kategori lunak. Hassan An-Nadwi menulis sebuah artikel yang sebahagiannya di petik seperti di bawah - sumber ummahonline.
"Menurut al-Nadwi, antara orientalis yang menghasilkan penyelidikan yang baik yang wajar diberi penghargaan ialah Prof. T.W. Arnold, pengarang buku Preaching of Islam, Stanley Lane pengarang buku Saladin (Salahuddin al-Ayubi) dan Moors in Spains, Dr. Aloys Spenger Edward William Lane, A.W.J- Wensinck, yang telah menyusun Mu‘ajam Hadith. Semua pengarang-pengarang ini menunjukkan keikhlasan mereka dalam membahaskan sesuatu isu tanpa dipengaruhi oleh faktor politik, ekonomi dan agama."
Masjid Kampung Geliga
Sunggoh pun ada sumbangan Arnold kepada Islam namun ada juga pihak yang tidak begitu senang dengan cara beliau mengkaji Islam. Arnold dalam tulisannya menyebut bahawa kejayaan Islam melalui perang lebih kepada mencari kekayaan dunia (keuntungan harta rampasan).
Pandangan yang berkenaan telah dikritik oleh banyak pihak. Baca beberapa artikel kritikan tersebut di sini - aburuqayya dan rasoulallah.net. Baca juga pandangan yang bernada objektif terhadap orientalis dan seangkatannya "menjahil diri terhadap musuh" - oleh saifulislam.
Baca sedikit biografi Thomas Arnold di sini - wikipedia dan encyclopaedia iranica. Dalam kedua-dua catatan tersebut tidak pula menyebut yang beliau pernah memeluk Islam walau pun mengkaji Islam sekian lama. Di antara Orientalis lain yang akhirnya memeluk Islam adalah Pickthall (Warga British), Henri Leon (warga German) dan Etienne Dinet (warga Peranchis). Baca di sini.
Sebuah notis mengenai amaran kecurian kerap berlaku di Masjid Geliga
- - - - -
