As-Siba’ie Sanggah Orientalis
Apabila berbincang mengenai para orientalis nama ulama Dr Mustafa As-Siba’ie pastinya tidak dilupai. Beliau merupakan ulama besar kelahiran Syria pada tahun 1915. As-Siba’ie mula melanjutkan pengajian di Al-Azhar pada tahun 1933. Pada tahun 1940 beliau dihalang masuk ke Mesir oleh British meski pun beliau sedang menghabiskan pengajian kodoktoran. Arahan tersebut dibuat kerana bimbang kepada perjuangan As-Siba’ie menentang penjajahan British. Akibatnya pengajian beliau tertanguh dan As-Siba’ie akhirnya dapat dapat menyudahkan PhD pada tahun 1949. Dr As-Siba’ie merupakan tokoh yang rapat dengan Hassan al-Banna dan juga pengasas pertubuhan Muslim Brotherhood di Syria.
As-Siba’ie menulis tesis kedoktoran "Kedudukan Sunnah dalam Syariah - (As Sunnah Wamakanatuha Fi At Tasyri)". Dalam tesisnya As-Siba’ie menyanggah habis-habisan pandangan para Orientalis tentang kedudukan As Sunna dalam syariat Islam. As-Siba’ie turut menulis sebuah buku khusus dalam usaha beliau menentang serangan para orientalis ke atas Islam. Buku tersebut berjudul Alisytisraq Wal Mustasyriqun (Orientalisme dan Kaum Orientalis). Dr As-Siba’ie meninggal dunia di Damsyik pada tahun 1964. Baca beberapa biografi As-Siba’ie di laman berikut - tarbiyahpewaris dan inijalanku.
Ruang solat dan mimbar Masjid Kristal
- - - - -
Nota: Sebuah lagi buku yang menyanggah para orientalis adalah "Islam and Orientalist" karangan ulama Dr Mahmud Hamdi Zaqzuq. Baca artikel yang memuatkan senarai para orientalis yang keras, yang boleh di terima dan juga para pengikut orientalis tulisan Ustaz Zaharudin dipetik dari warkah2umat.
- - - - -
