Tafsir al-Razi
Membaca satu kitab tafsir akan menemukan kita dengan banyak lagi kitab tafsir yang lain. Perkara ini dapat difahami kerana ulama mufassirin akan sedaya upaya membaca beberapa tafsir sedia ada untuk menyiapkan tafsir yang mereka karang. Umpamanya kalau kita baca tafsir al-Munir karangan Dr Wahbah Zuhaily beliau turut menyebut nama kitab tafsir lain yang beliau telaah. Salah satu tafsir yang beliau sebutkan ialah kitab Tafsir al-Kabir karangan al-Razi.
Siapakah al-Razi? Beliau dikenali juga sebagai Fakhruddin al-Razi. Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Muhamad ibni Umar ibn al-Husin al-Taimi al-Bakri al-Tabaristani Fakhruddin al-Razi. Beliau berbangsa Parsi kelahiran Rayy di Iran pada tahun 543/544 H bersamaan 1149/1150 M. Al-Razi wafat pada tahun 606 H bersamaan 1209/1210 M di Herat Afghanistan. Ketokohan beliau adalah dalam bidang falsafah, kalam dan logik. Biografi al-Razi boleh baca di sini - mindamuslim (petikan wikipaedia) dan aidyes. Sebuah biografi dalam bahasa Inggeris boleh baca di sini - cis-ca.org (dari Kanada).
Nota: jangan pula keliru dengan seorang lagi tokoh dengan nama yang sama al-Razi (iaitu tokoh perubatan Islam) yang nama penuhnya Abu Bakr Muhammad b. Zakariyya’. Al-Razi (tokoh perubatan) dikenali oleh Barat dengan nama Latin Rhazes. Beliau hidup pada tahun 854M/250H hingga 925M/313H atau 935M/323H (baca di sini - muslimphilosophy).
Abu Bakr Muhammad b. Zakariyya’, known to the Latins as Rhazes
(ca.250/854-313/925 or 323/935),
Dr Wahbah melalui kitab tafsir al-Munir mengesyorkan kita merujuk tafsir al-Razi. Beliau menyebut perkara ini (baca tafsir al-Razi) terutama dalam membincang tafsir Juzuk Amma (i.e., surah al-Kauthar; al-Fil; al-Quraisy dan banyak lagi). Rujuk m/surat 440-441 Tafsir al-Munir Juz ‘Amma.
Tafsir al-Razi dikenali juga dengan judul Mafatih al-Ghaib. Ulasan oleh Ustaz Mohd Fikri (penulis kitab Jahabersa) mengenai tafsir al-Razi boleh baca di sini. Ustaz Fikri menyebut bahawa Tafsir al-Kabir amat tebal diterbitkan dalam 32 jilid. Buat masa ini belum ada terjemahan dalam bahasa Melayu. Menurut Rausyanfikir usaha penterjemahan oleh para ulama di Indonesia sedang giat dan mungkin bakal terbit dalam masa terdekat (setahun atau dua tahun agaknya).
Masjid Jamek Pekan Bota Kanan, Perak.
- - - - -
