geopractice

September 29, 2009

Kitab Sirah Pertama

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 12:48 am

Siapakah yang paling awal menulis kitab sirah Nabi Muhammad SAW? Menurut catatan sejarah ada empat Kitab paling awal telah ditulis pada tahun-tahun 150H hingga 300H mengenai Sirah. Kitab tersebut ditulis oleh pengarang berikut;

Sirat al-Nabi oleh Ibnu Ishaq (w.151H/761M)

Kitab al-Maghazi oleh al-Waqidi (w.207H/823M)

Kitab al-Tabaqat al-Kabir oleh Muhammad bin Sa’d (w.230H/844M)

Kitab Ta’rikh al-Rusul wa’l Muluk oleh Muhammad bin Jarir al-Tabari (w.310H/923M).

Sirat al-Nabi oleh Ibnu Ishaq telah di olah/usahakan semula oleh Ibnu Hisyam (w.218H/813M). Sirah Ibnu Hisham berikutnya telah diterbitkan dalam versi Arab di Gottingen oleh F Wustenfeld pada 1858-60. Kitab tersebut telah diterjemah ke bahasa Jerman oleh G Weil dengan judul The Historian of the Caliphate pada tahun 1863. Terjemahan ke bahasa Inggeris pula telah diusahakan oleh orientalis Alfred Guillaume dan terbit pada tahun 1955 dengan judul The Life of Muhammad.

Baca catatan agak panjang mengenai Ibnu Ishaq dan sejarah sirah tersebut di sini - inthenameofallah. (Nota: harap awas dengan webpage berkenaan kerana tidak pasti apakah niat mereka sebenarnya terhadap Islam). Baca juga artikel mengenai para sejarawan awal Islam termasuk Ibnu Ishaq, Ibnu Hisham, Ibnu Sa’d, Al-Azraqi, Ibnu Qutaybah dan banyak lagi di sini - muslimheritage. Lagi maklumat mengenai Kitab Sirah awal tertulis di sini.

Madrasah Idrisiyah Bukit Chandan, Kuala Kangsar

- - - - -

Nota: Banyak kontroversi mengenai Kitab Sirah oleh Ibnu Ishaq. Berbagai pandangan telah dilontarkan oleh banyak pengkaji sama ada para orientalis mahu pun para ilmuwan Islam. Satu daripada artikel mengenai hal tersebut dengan judul The problems with Ibn Ishaq’s Sirat Rasoul Allah ditulis oleh Esteshaam Gulam. Artikel tersebut boleh baca di sini - answering-christian-claims.

- - - - -

September 26, 2009

Imam Nawawi

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 12:40 am

Nama Imam Nawawi pastinya tidak asing kepada sesiapa pun kerana kerap disebut dalam ceramah agama oleh para ustaz. Nama penuh beliau adalah Abu Zakaria Mohiuddin Yahya Ibn Sharaf al-Nawawi. Nama Nawawi itu di ambil dari desa kelahiran beliau iaitu Nawa terletak berhampiran Damsyik. Imam Nawawi lahir pada tahun 631H/1234M. Beliau wafat pada tahun 676H/1278M juga di Nawa ketika berusia 45 tahun. 

Banyak kitab telah ditulis oleh Imam Nawawi. Antara yang masyur adalah al-Majmu’ sharh al-Muhadhdhab. Kitab ini telah diterjemah oleh orientalis van den Bergh ke bahasa Perancis pada tahun 1882-84. Kitab Tahdhib al-Asma wal-Lughat pula telah diedit oleh F Wustenfeld dengan judul as the Biographical Dictionary of Illustrious Men chiefly at the Beginning of Islam pada tahun 1842-47.

Sedikit catatan biografi Imam Nawawi di sini -wikipedia, kisahislam. Sebuah koleksi kitab oleh Imam Nawawi sebanyak 27 jilid Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab dipaparkan oleh maktabahdimasyq dan harganya di Jordan 130 (Jordan Dollar).

Sebuah Musola di Pekan Rantau Panjang

- - - - -

September 25, 2009

Imam Asy-Syatibi

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 6:46 am

Berapa ramai nama Imam besar zaman silam yang kita kenali? Cukupkah dengan empat Imam besar yang dikenali melalui Mazhab mereka (i.e., Syafie, Maliki, Hambali dan Hanafi). Banyak lagi nama lain yang akan kita temui kalau kita membaca buku dan kitab agama. Jangan kita ketinggalan pula dari para pengkaji Barat dan ahli orientalis. Satu nama yang hendak diperkenal di sini ialah Imam Asy-Syatibi. Siapakah beliau?

Imam Asy-Syatibi merupakan salah seorang ulama besar dalam bidang feqah. Nama penuh beliau adalah Ibrahim bin Mosa bin Muhammad al-Shatibi al-Gharnati. Menurut artikel wikipedia nama Asy-Syatibi diambil dari sebuah kota iaitu Jativa. Nama itu menunjukkan beliau dari keturunan pendatang migran yang berasal dari kota Jativa di Granada. Beliau hidup sezaman dengan ulama besar seperti Imam Az-Zahabi (w.748H) dan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah (w.781H). Imam Asy-Syatibi wafat pada tahun 790H/1388M.

Imam Asy-Syatibi banyak menulis kitab. Salah satunya yang terkenal adalah Al-Muwafiqaat fi Usool al-Sharia. Kitab berkenaan selalu dirujuk oleh para ulama apabila membincangkan mengenai akidah dan bida’ah. Sedikit catatan mengenai Kitab asy-Syatibi mengenai bida’ah dan kaedah beliau menetap hukum syarie boleh baca di sini.

Sebagai contoh sebuah artikel yang mengkritik golongan yang menyebar pemikiran feqah lintas agama (FLA) di Indonesia banyak memetik pendapat Asy-Syatibi. Baca di sini - hayatulislam.

Masjid Jamek Matang Gerdu, Bagan Serai

- - - - -

September 22, 2009

Peter the Venerable dan Qur’an

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 1:15 pm

Salah satu matlamat para orientalis mengkaji mengenai Islam adalah untuk mencari apa saja isu yang membolehkan mereka memburukkan Islam. Usaha mereka termasuklah mengkaji Al-Quran dengan hasrat mencari kesalahan dan menyelewengkan fakta. Pengkajian orientalis secara serius bermula seawal era Perang Salib (iaitu awal kurun ke-11). Tokoh orientalis yang dikaitkan dengan usaha awal ini adalah Peter the Venerable (1092-1156). Beliau merupakan Biarawan kelahiran Peranchis, namanya dieja juga sebagai Pierre le Venerable, Petrus Venerabilis dan Pierre Maurice de Montboissier.

Sebuah catatan mengenai kenapa the Venerable … His name of "the Venerable" was derived from his largeness of body and mind, his benevolent face, and his Christian charity" (petikan dari medievalchurch).

Peter the Venerable (sumber -fareedmujaheed)

Pada tahun 1141-1142 beliau melawat Toledo dan bertemu dengan penduduk golongan Musta’birin iaitu kelompok Kristian Katolik yang tinggal di bawah pemerintahan Islam Sepanyol dan juga kitab Al-Quran. Di situlah bermula minat beliau untuk menterjemah Al-Quran dengan niat untuk membaptis pemikiran umat Islam di Barat. Beliau menubuhkan sebuah pasukan untuk tugas penterjemahan tersebut. Pasukan tersebut dianggotai beberapa orang - Pedro the Toledo (Petrus Toletanus), Hermann de Dalmatie atau Herman Dalmatin (Hermannus Dalmata), Robert Ketton (Robertus Ketenensis) dan seorang yang bernama Muhammad (Mahumeth) yang menterjemah dari Arab ke Sepanyol. Turut terlibat dalam usaha tersebut adalah Peter of Poitiers yang menambah-baik terjemahan versi Latin. Baca sebuah artikel mengenal Qur’an Latin tersebut di sini.

Oleh itu Peter the Venerable patut dikenali sebagai tokoh orientalis silam yang menyerang dan menyelewengkan Al-Quran bertepatan dengan niat buruk agamawan Barat. Berikuat adalah sebuah petikan mengenai usaha Peter the Venerable menyerang Islam melalui pemikiran (dari al-firqotunnajiyyah);

"… Selain menugaskan para sarjana Kristen menerjemahkan naskah-naskah bahasa Arab ke dalam bahasa Latin, Peter juga menulis buku yang menyerang pemikiran Islam. Tentang Al-Qur’an, Peter menyatakan bahwa Al-Qur’an tidak terlepas dari para setan. Setan telah mempersiapkan Muhammad SAW, orang yang paling nista, menjadi anti-Kristus. Setan telah mengirim informan kepada Muhammad SAW, yang memiliki kitab setan (Diabolical scripture)."

Baca catatan Adnin Armas mengenai Petrus Venerabilis dan sejarah studi Islam di Barat di sini - idrusali85. Baca pula catatan Adian Husaini "Pengaruh belajar Islam dari orientalis" yang turut memuat peranan Peter the Venerable di sini - aidstranslate. Baca juga catatan mengenai orientalis dan tokohnya termasuk Peter the Venerable di sini - fareedmujaheed.Sebuah ulasan buku (dalam bahasa Arab) melawan pemikiran orientalis khususnya menjawab Goldziher boleh baca di sini. 

Deretan kitab agama tersimpan di rak perpustakaan ipt

- - - - - 

September 21, 2009

Orientalis Thomas Arnold

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 9:49 am

Apabila berbincang mengenai para orientalis antara tokoh yang dikatakan agak positif menulis mengenai Islam adalah Thomas Walker Arnold (1864-1930). Arnold pernah bertugas sebagai Professor di Lahore, di Punjab dan terakhir di University of London. Beliau telah menulis sebuah buku The Preaching of Islam. Para ulama umumnya amat kritikal terhadap orientalis walau pun ada antara mereka (i.e., orientalis) yang agak lunak terhadap Islam. Ulama Abu Hassan Ali An-Nadwi menerima Thomas Arnold antara orientalis dalam kategori lunak. Hassan An-Nadwi menulis sebuah artikel yang sebahagiannya di petik seperti di bawah - sumber ummahonline

"Menurut al-Nadwi, antara orientalis yang menghasilkan penyelidikan yang baik yang wajar diberi penghargaan ialah Prof. T.W. Arnold, pengarang buku Preaching of Islam, Stanley Lane pengarang buku Saladin (Salahuddin al-Ayubi) dan Moors in Spains, Dr. Aloys Spenger Edward William Lane, A.W.J- Wensinck, yang telah menyusun Mu‘ajam Hadith. Semua pengarang-pengarang ini menunjukkan keikhlasan mereka dalam membahaskan sesuatu isu tanpa dipengaruhi oleh faktor politik, ekonomi dan agama."

Masjid Kampung Geliga

Sunggoh pun ada sumbangan Arnold kepada Islam namun ada juga pihak yang tidak begitu senang dengan cara beliau mengkaji Islam. Arnold dalam tulisannya menyebut bahawa kejayaan Islam melalui perang lebih kepada mencari kekayaan dunia (keuntungan harta rampasan). 

Pandangan yang berkenaan telah dikritik oleh banyak pihak. Baca beberapa artikel kritikan tersebut di sini - aburuqayya dan rasoulallah.net. Baca juga pandangan yang bernada objektif terhadap orientalis dan seangkatannya "menjahil diri terhadap musuh" - oleh saifulislam.

Baca sedikit biografi Thomas Arnold di sini - wikipedia dan encyclopaedia iranica. Dalam kedua-dua catatan tersebut tidak pula menyebut yang beliau pernah memeluk Islam walau pun mengkaji Islam sekian lama. Di antara Orientalis lain yang akhirnya memeluk Islam adalah Pickthall (Warga British), Henri Leon (warga German) dan Etienne Dinet (warga Peranchis). Baca di sini.

Sebuah notis mengenai amaran kecurian kerap berlaku di Masjid Geliga

- - - - -

September 20, 2009

Orientalis & Kitab Ulama

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 9:50 am

Mauduk orientalism sememangnya telah lama dibincang oleh para ulama. Berbagai kitab telah mereka karang untuk mengupas isu orientalism. Mereka menulis mengenai sejarah orientalism dan para orientalis, mengupas mengenai serangan dan ancaman para orientalis, dan ada juga mengenai sumbangan mereka.

Selain dari As-Siaba’ie dan Mahmud Hamdi Zaqzuq (pernah memegang jawatan menteri kabinet di Mesir dan menulis kitab mengenai orientalis berjudul al-Istiraq wa-l-jalafiyya al-firkriyya li-l-sira’ al-hadari) ada beberapa lagi kitab lain yang telah ditulis mengenai orientalis. Antaranya adalah seperti senarai berikut;

Dr Umar bin Abdul Aziz Quraisyi (judul kitab beliau At Tabsyir wal Istiyraq fi Mizan al Islam)

Dr Mohd Mohd Abu Zaid al-Fiqqi (judul kitab: Tabsyir wa Istisyrak)

Dr Abdul Muta’al Mohd Al Jabari (Judul buku: Al Istisyraq Wajhun lil Isti’mar al Fikri)

Terasa amat rugi pulak tidak boleh membaca buku-buku di atas kerana semuanya dalam bahasa Arab.

Nota: maklumat di petik dari buku Gerakan Orientalisme & Kristianisasi: Ancaman Kepada Ummah.

Ruang solat Masjid Geliga Kemaman Terengganu

- - - - -

September 19, 2009

As-Siba’ie Sanggah Orientalis

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 9:03 am

Apabila berbincang mengenai para orientalis nama ulama Dr Mustafa As-Siba’ie pastinya tidak dilupai. Beliau merupakan ulama besar kelahiran Syria pada tahun 1915. As-Siba’ie mula melanjutkan pengajian di Al-Azhar pada tahun 1933. Pada tahun 1940 beliau dihalang masuk ke Mesir oleh British meski pun beliau sedang menghabiskan pengajian kodoktoran. Arahan tersebut dibuat kerana bimbang kepada perjuangan As-Siba’ie menentang penjajahan British. Akibatnya pengajian beliau tertanguh dan As-Siba’ie akhirnya dapat dapat menyudahkan PhD pada tahun 1949. Dr As-Siba’ie merupakan tokoh yang rapat dengan Hassan al-Banna dan juga pengasas pertubuhan Muslim Brotherhood di Syria.

As-Siba’ie menulis tesis kedoktoran "Kedudukan Sunnah dalam Syariah - (As Sunnah Wamakanatuha Fi At Tasyri)". Dalam tesisnya As-Siba’ie menyanggah habis-habisan pandangan para Orientalis tentang kedudukan As Sunna dalam syariat Islam. As-Siba’ie turut menulis sebuah buku khusus dalam usaha beliau menentang serangan para orientalis ke atas Islam. Buku tersebut berjudul Alisytisraq Wal Mustasyriqun (Orientalisme dan Kaum Orientalis). Dr As-Siba’ie meninggal dunia di Damsyik pada tahun 1964. Baca beberapa biografi As-Siba’ie di laman berikut - tarbiyahpewaris dan inijalanku.

Ruang solat dan mimbar Masjid Kristal

- - - - -

Nota: Sebuah lagi buku yang menyanggah para orientalis adalah "Islam and Orientalist" karangan ulama Dr Mahmud Hamdi Zaqzuq. Baca artikel yang memuatkan senarai para orientalis yang keras, yang boleh di terima dan juga para pengikut orientalis tulisan Ustaz Zaharudin dipetik dari warkah2umat.

- - - - -

September 17, 2009

Pejuang Kiri Kemerdekaan

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 10:30 am

Saban tahun apabila menyambut ulang tahun kemerdekaan media elektronik dan media cetak akan memuatkan laporan mengenai detik-detik menyambut kemerdekaan. Turut digembar-gemburkan adalah peranan sebuah parti politik yang dikatakan memperjuang untuk mendapat kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Namun di sebalik laporan yang diputar berulang-ulang tahun tersebut jangan pula lupa golongan pejuang yang peranan mereka disisih dari laporan media. Kini banyak maklumat yang boleh kita baca mengenai golongan kiri yang menunjukkan penentangan mereka kepada penjajahan British. Mereka berjuang lebih awal dari parti politik berkenaan dan lebih dari itu ramai dari mereka yang sama ada terbunuh atau pun di penjarakan.

Catatan sejarah mengenai penentangan oleh pejuang seperti Datuk Maharajalela dan Datok Sagor di Perak, Tok Janggut di Kelantan, Datuk Bahaman dan Mat Kilau di Pahang memang telah sedia dimaklumi. Kemudian pada tahun-tahun 1940-an perjuangan menentang British diteruskan oleh pertubuhan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Perjuangan oleh KMM turut disertai oleh sayap pemuda Angkatan Pemuda Insaf (API) dan sayap wanitanya (AWAS).

Janganlah kita lupa nama-nama pejuang seperti Ibrahim Haji Yaakob yang menubuhkan KMM (1939), Dr Burhanuddin al-Helmi dan Ishak Hj Muhamad atau Pak Sako yang menubuh PKMM (1945) sebaik saja Jepun menyerah kalah. API dipimpin oleh Ahmad Boestamam dan AWAS pula diterajui oleh Shamsiah Fakeh. 

- - - - -

September 12, 2009

Tokoh Kiri - Abdullah C D

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 10:36 am

Menghayati sejarah boleh menemukan kita berbagai catatan silam. Membaca catatan sejarah dengan sikap terbuka akan menjadikan kita lebih berinformasi dan dapat mengetahui sesuatu yang sebelumnya mungkin tersembunyi. Banyak buku sejarah mengenai negara kita dalam berbagai aspek termasuklah tentang perjuangan puak kiri menentang penjajahan British.

Abdullah C D merupakan seorang tokoh kiri yang kini masih hidup dan tinggal di perkampungan di Selatan Siam yang dikenali sebagai Kampung Perdamaian Sukhirin (atau Kampung Chulabhorn Patana 12). Beliau banyak menulis sejarah perjuangan kumpulan mereka. Ada tiga buku tulisan beliau yang boleh didapati dari kedai buku tempatan.

The Memoirs of Abdullah C D: Part 1 - The movement until 1948. Terbitan SIRD 2009, 207 m/surat. Rm35-00

Memoir Abdullah C D: Bahagian 2 - Penaja dan Pemimpin Rejimen ke-10. Terbitan SIRD 2007, 354 m/surat. Rm35-00

Memoir Abdullah C D: Bahagian 3 - Perjuangan di Sempadan dan Penamatan Terhormat. Terbitan SIRD 2009, 407 m/surat. Rm38-00

- - - - -

"Islam Melayu & Komunis"

Wawancara tokoh kiri - Abdullah C D, Rashid Maidin dan Abu Samah

- - - - -

Nota sampingan: Dalam catatan peristiwa Bukit Kepong seorang tokoh kiri bernama Ahmad Indera telah terbunuh di tembak. Beliau merupakan orang Melayu (berasal dari Muar) yang berjuang dalam PKM menentang penjajahan British bersama tentera Rejimen 10 berpusat di Temerloh. Baca catatan Prof Abdullah Hassan mengenai peristiwa yang sama yang beliau tulis sempena tarikh mengingati 13 Mei. Sebuah lagi catatan Ahmad Indera dan Bukit Kepong tercatat oleh Adimul (seorang tokoh penulis).

- - - - -

September 8, 2009

Tesis al-Razi

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:14 pm

Ketokohan al-Razi telah menjadi sumber kajian kepada ramai penyelidik di merata tempat. Banyak tesis kedoktoran telah dihasilkan oleh para sarjana baik di negara Islam mahu pun di Barat. Berikut adalah beberapa judul tesis mengenai al-Razi yang sempat ditemui. Pastinya banyak lagi yang boleh dikumpulkan.

1. Shalahudin Kafrawi - Fakhr al-Din al-Razi’s methodology in interpreting the Qur’an. Tesis PhD McGill University di bawah selian Prof Issa J Boulata.

2. Tariq Jaffer - The doctrine of the soul in Fakhr al-Din al-Razi’s Qur’an commentary. Tesis PhD Yale University, 2005.

3. Hanapi Mohd Nor - Pemikiran Fakhr al-Din al-Razi tentang ilmu dan hubungannya dengan kesejahteraan sosial. Tesis PhD API UM, 2000.

Kepada pengkaji yang berminat untuk mendapat info tambahan mengenai sumbangan al-Razi boleh melawati sumber berbentuk katalog di sini - hurqalya (hasil usaha Prof Stephen Lambden dari California U). Harus disebut juga bahawa Prof Lambden merupakan sarjana sejarah agama dan bidang kepakaran beliau adalah mengenai agama Bahai.  Para pengkaji Barat turut menyimpan manuskrip tafsir al-Kabir karya al-Razi. Manuskrip tulisan Arab tersebut setebal lebih 800 muka surat boleh di akses melalui sumber berikut - sebuah perpustakaan di University of Toronto.

al-Razi banyak menulis kitab dan dua buah kitab iaitu kitab al-isharat wa-’l-tanbihat (Remarks and Admonitions) dan al-Mabahith al-mashriqiyya ditulis oleh beliau mengkritik Ibnu Sina. Namun kemudiannya ada seorang tokoh sarjana iaitu Nasir al-Din al-Tusi menulis dua buah kitab lain menjawab kritikan al-Razi terhadap Ibnu Sina. Baca mengenainya di sini - muslimphilosophy.

- - - - -

Deretan buku di Islamica Resource Center, UTP

- - - - -

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph