geopractice

August 30, 2009

Tanaman Margenta

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 4:32 am

Margenta adalah sejenis kacang tanah yang diperkenal untuk menggantikan tanaman tembakau. Tanaman tersebut dipromosi oleh Stesen Mardi Telong, Bachok Kelantan. Margenta berasal dari Malawi mula diusahakan oleh Mardi pada tahun 2004. Tempoh matang lebih pendek, daya tahan penyakit lebih tinggi, saiz kacang lebih besar adalah antara kelebihan kacang Margenta. Permintaan kacang tanah dalam negara menjangkau 32,000 tan metrik sedangkan pengeluaran dalam negara hanya 1637 tan metrik. Namun statistik tersebut adalah untuk tahun 2002!

Kacang gajus jualan Rantau Panjang (harga sepaket Rm12-13)

- - - - -

Lihat gambar sebenar kacang Margenta di sini - harizamrry

- - - -

August 16, 2009

Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Kelantan

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 11:12 am

Felda atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan adalah institusi yang tidak perlu diperkenalkan kerana ramai yang telah sedia mengetahuinya. Tetapi tidak pula Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Kelantan (LKTN) yang ada kesamaan operasinya seperti mana Felda. LKTN merupakan rancangan kemajuan tanah diusahakan oleh kerajaan negeri Kelantan. Ia mula diwujudkan pada tahun 1960 meliputi beberapa kawasan di negeri Kelantan. Operasinya tertumpu di Kelantan Selatan terutama Kuala Krai meliputi Air Belaga (400 ekar), Air Lanas (4000 ekar), Sungai Sham (1964 ekar) dan Lata Rek (1174 ekar). Lain-lain petempatan LKTN adalah Sungai Sok, Sungai Rek, Temalir, Peria dan Chuchuh Puteri.

Apabila pemerintahan negeri Kelantan jatuh ke tangan BN LKTN telah diganti oleh Kesedar. LKTN mendapat penonjolan semasa PRK Manek Urai. Dalam PRK tersebut Kesedar telah turut menyumbang dalam kempen lebih-lebih lagi calon yang bertanding adalah bekas pegawai kanan Kesedar.

Pemandangan berhampiran R & R Gua Musang

Gua Musang merupakan pusat pentadbiran Kesedar. 

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph