Isu Lilin Nizar
Dalam kekecohan kes kematian Teoh dan peranan SPRM muncul pula satu isu sampingan iaitu isu lilin yang dikaitkan dengan MP Bukit Gantang DS Nizar. Berbagai kenyataan pro dan kontra disuarakan oleh ramai tokoh (agamawan dan ahli politik) yang boleh dipetik dari akhbar.
Antara suara yang mendakwa Nizar tidak wajar melakukannya adalah;
Prof Mahmud Zuhdi (UIAM) - perbuatan tersebut syirik ujarnya. Prof Dr Mohammad Yusof Husin (Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan) - satu upacara agama Kristian maka itu boleh mencacatkan akidah. Mufti Harussani - haram hadir majlis memperingati kematian bukan Muslim. Muhamad Khusrin Munawi (Pengarah JAIS) majlis bertentangan dengan Islam. Ustaz Harun Taib (Ketua Dewan Ulamak PAS) - upacara itu bersifat meragukan maka wajar dijauhi.
Masjid Daerah - Bandar Seri Iskandar, Perak
