Sejarah Natrah
Sejarah mengenai Natrah tertulis pada tahun 1950an berikutan suatu bantahan besaran masyarakat Melayu dan Islam terhadap kes beliau di Mahkamah Singapura. Seramai 18 orang telah terbunuh ketika rusuhan tersebut memuncak. Peristiwa tersebut berlaku hampir 50 tahun yang silam dan pastinya generasi kini yang berusia dalam lingkungan 50 tahun tidak tahu beritanya secara lengkap.
Natrah atau nama sebenarnya Maria Bertha Hertogh telah meninggal dunia awal Julai 2009 pada usia 72 tahun sakit leukimia dirumahnya di Huijeberen, selatan Belanda (ejaan yang betul - Huijbergen). Berita kematian beliau mendapat liputan meluas dalam akhbar UM dan BH. Berita berkenaan turut memuatkan berbagai temubual dengan beberapa ahli bekas keluarga angkat Natrah. Antara mereka yang memberi temubual adalah Hertini Ngah Hashim yang bertugas di pejabat Konsul M’sia di New York. Beliau sempat mengunjungi Natrah ketika melawat Belanda pada April ‘09 (baca beritanya di sini).
Keluarga angkat yang memelihara Natrah berasal dari Chukai Kemaman Terengganu (lebih tepatnya Kampung Banggol Kemaman). Ahli keluarga tersebut masih sempat ditemubual oleh wartawan tempatan.
Beberapa lagi catatan panjang mengenai kisah Natrah boleh baca di sini - kerowildan; kalamperantau; dan akrimomar.
Bandar Chukai (berhampiran sebuah kompleks perniagaan)
- - - - -
Menurut catatan berita nama anak-anak Maria adalah - Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul. Maria punya 10 orang anak (diambil dari - pasalbuku.
- - - - -
