geopractice

July 28, 2009

Membaca Israiliyat

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:41 am

Entri mengenai Israiliyat pernah ditulis sebelum ini dan ternyata ada pembaca yang turut mengikuti atau mengkaji topik tersebut. Banyak maklumat mengenai Israiliyat yang boleh ditemui dari berbagai sumber kalau kita rajin mencari. Jakim telah menerbitkan sebuah kitab tebal mengenai Israiliyat. Harganya tak mahal cuma Rm25. Mungkin agak sukar menemuinya dikedai-kedai buku tetapi boleh dibeli terus dari pejabat Jakim.

Buku Israiliyat (terbitan Jakim)

Majalah i keluaran Ogos tahun 2007 telah memuatkan Israiliyat sebagai fokus. Rencana tersebut sudah dua tahun mungkin sukar mencarinya kecuali kalau ada tersimpan di perpustakaan awam. Bagi yang ingin mendapat salinan rencana tersebut boleh hubungi saya (melalui ruang komen entri ini). 

Majalah i keluaran Ogos 2007

- - - - -

July 26, 2009

Isu Lilin Nizar

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 10:30 am

Dalam kekecohan kes kematian Teoh dan peranan SPRM muncul pula satu isu sampingan iaitu isu lilin yang dikaitkan dengan MP Bukit Gantang DS Nizar. Berbagai kenyataan pro dan kontra disuarakan oleh ramai tokoh (agamawan dan ahli politik) yang boleh dipetik dari akhbar.

Antara suara yang mendakwa Nizar tidak wajar melakukannya adalah;

Prof Mahmud Zuhdi (UIAM) - perbuatan tersebut syirik ujarnya. Prof Dr Mohammad Yusof Husin (Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan) - satu upacara agama Kristian maka itu boleh mencacatkan akidah. Mufti Harussani - haram hadir majlis memperingati kematian bukan Muslim. Muhamad Khusrin Munawi (Pengarah JAIS) majlis bertentangan dengan Islam. Ustaz Harun Taib (Ketua Dewan Ulamak PAS) - upacara itu bersifat meragukan maka wajar dijauhi.

Masjid Daerah - Bandar Seri Iskandar, Perak

July 25, 2009

2008 - Tahun Kentang

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 9:02 am

Tahun 2008 di umumkan oleh PBB sebagai Tahun Kentang Antarabangsa (International Year of the Potato). Laporan mengenai Tahun Kentang jarang mendapat liputan di media tempatan. Tidak hairan sekiranya ramai yang tak menyedari bahawa Tahun 2008 adalah Tahun Kentang Antarabangsa.

Logo rasmi Tahun Kentang Antarabangsa

- - - - -

July 19, 2009

Sejarah Natrah

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:54 am

Sejarah mengenai Natrah tertulis pada tahun 1950an berikutan suatu bantahan besaran masyarakat Melayu dan Islam terhadap kes beliau di Mahkamah Singapura. Seramai 18 orang telah terbunuh ketika rusuhan tersebut memuncak. Peristiwa tersebut berlaku hampir 50 tahun yang silam dan pastinya generasi kini yang berusia dalam lingkungan 50 tahun tidak tahu beritanya secara lengkap.

Natrah atau nama sebenarnya Maria Bertha Hertogh telah meninggal dunia awal Julai 2009 pada usia 72 tahun sakit leukimia dirumahnya di Huijeberen, selatan Belanda (ejaan yang betul - Huijbergen). Berita kematian beliau mendapat liputan meluas dalam akhbar UM dan BH. Berita berkenaan turut memuatkan berbagai temubual dengan beberapa ahli bekas keluarga angkat Natrah. Antara mereka yang memberi temubual adalah Hertini Ngah Hashim yang bertugas di pejabat Konsul M’sia di New York. Beliau sempat mengunjungi Natrah ketika melawat Belanda pada April ‘09 (baca beritanya di sini). 

Keluarga angkat yang memelihara Natrah berasal dari Chukai Kemaman Terengganu (lebih tepatnya Kampung Banggol Kemaman). Ahli keluarga tersebut masih sempat ditemubual oleh wartawan tempatan.

Beberapa lagi catatan panjang mengenai kisah Natrah boleh baca di sini - kerowildan; kalamperantau; dan akrimomar.

Bandar Chukai (berhampiran sebuah kompleks perniagaan)

- - - - -

Menurut catatan berita nama anak-anak Maria adalah - Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul. Maria punya 10 orang anak (diambil dari - pasalbuku.

- - - - -

July 6, 2009

Heresiography

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:30 pm

Apakah heresiography? Perkataan inggeris yang bermakna buku panduan atau kajian mengenai kesilapan dalam teologi. Beberapa buku heresy telah ditulis oleh tokoh silam. Tiga pengarang utama yang pernah menghasilkan kitab heresy (atau pada masa kini boleh dipanggil ensiklopedia heresy) adalah - al-Ash’ari (meninggal dunia pada 935M), al-Baghdadi (meninggal dunia pada 1037M) dan al-Shahrastani (meninggal dunia pada 1153M). 

Akidah batil yang disebut dalam kitab heresy adalah - Muktazilah, Qadariyah, Jabariyah (berlawanan dengan Qadariyah), Khawarij, dan Murjia.

Dua tokoh silam yang diiktiraf sebagai pendokong pegangan Ahli-Sunnah adalah - Ahmad ibn Hanbal dan Abu’l Hassan al-Ash’ari.

Masjid Mukim Banggol, Kota Bahru, Kelantan

- - - - -

July 4, 2009

Setem Hari Pos SeDunia

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:57 am

Hari Pos Dunia disambut pada Okt 9 setiap tahun. Sesuai dengan organisasi khidmat pos maka setem pos telah dikeluarkan oleh banyak negara bagi memperingati Hari Pos. Berikut ditunjukkan tiga setem pos masing-masing dari Sri Lanka, Mexico dan Poland sempena Hari Pos 2008.

Sri Lanka

- - - - -

Mexico

- - - - -

Poland

- - - - -

Hari Pos SeDunia diwujudkan bagi memperingati penubuhan Universal Postal Union di Bern Switzerland pada tarikh sama tahun 1874. HPD diumumkan secara rasmi oleh UPU dalam Kongres UPU yang diadakan di Tokyo pada tahun 1969. Tema sambutan Hari Pos pada tahun 2008 adalah "Reaching everyone everywhere".

- - - - -

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph