Mengenali Kuala Kurau
Sebuah medan makan pekan kecil Kuala Kurau
Sesekali bila berada di tempat terpencil sempena musim cuti elok kita mengambil kesempatan melihat pekan-pekan kecil yang banyak terdapat di merata tempat. Pekan kecil senang dikunjungi kerana tidak sibuk, mudah mencari tempat parkir, dan harga makanan rata-ratanya murah. Sekiranya berada di utara Perak bolehlah cuba singgah dan meninjau sebuah pekan kecil di Daerah Krian iaitu Kuala Kurau.
Deretan kedai lama di Kuala Kurau
Pekan Kuala Kurau letaknya kira-kira 45 minit perjalanan berkereta dari Bandar Taiping. Dalam perjalanan ke Kuala Kurau kita akan menempuh sebuah pekan kecil iaitu Kuala Gula. Untuk ke Kuala Gula ada satu simpang lain dari jalan utama yang menghala ke Kuala Kurau. Kuala Gula merupakan satu destinasi yang tidak asing kepada pencinta alam kerana ia menjadi tempat singgahan burung yang sedang bermigrasi.
Pemandangan tepian Sg Kurau (kelihatan juga dua buah rumah sarang burung)
- - - - -
Jambatan motosikal menyeberangi Sg Kurau
- - - - -
Sebuah lagi deretan kedai lama Kuala Kurau
- - - - -
Kuala Kurau telah melahirkan beberapa orang penulis yang aktif seperti Jaafar Rahim dan Ibnu Ahmad al-Kurauwi. Kedua penulis ini menyumbang khidmat mereka dengan DBP. Sebuah artikel tulisan A Talib Samat turut menyenaraikan penulis dengan nama samaran Pena Mutiara dan A Wahab Hamzah (berasal dari Tanjong Piandang).
Baca info mengenai sejarah Kuala Kurau melalui sebuah entri di sini. Sedikit lagi maklumat mengenai Kuala Kurau boleh diperolehi melalui laman PID (Pusat Info Desa - Kuala Kurau).
- - - - -
