geopractice

June 19, 2009

Masyarakat Arab Sedentari

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:59 am

Kehidupan umat Arab pada zaman sebelum Islam adalah berpaksi kepada suku, puak dan kabilah. Sebagai ganjaran kabilah yang menaungi mereka akan memberi jaminan kepada setiap ahli dari sudut identiti, keselamatan diri, serta juga pendapatan dan mata pencarian.

Dari segi penempatan sosial masyarakat Arab pada ketika itu terbahagi kepada tiga kelompok penempatan iaitu - sedentari, penternak atau gembala (semipastoralists) dan golongan nomad yang berpindah-randah sepanjang masa (year-round nomads). Masyarakat sedentari merupakan mereka yang tinggal menetap di kota seperti Mekah, Tai’f dan Yathrib (Madinah). Golongan sedentari menjadikan perdagangan sebagai sumber utama ekonomi. 

Masjid Jamek Pekan Kuala Kurau

- - - - -

June 13, 2009

Mengenali Kuala Kurau

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:35 pm

Sebuah medan makan pekan kecil Kuala Kurau

Sesekali bila berada di tempat terpencil sempena musim cuti elok kita mengambil kesempatan melihat pekan-pekan kecil yang banyak terdapat di merata tempat. Pekan kecil senang dikunjungi kerana tidak sibuk, mudah mencari tempat parkir, dan harga makanan rata-ratanya murah. Sekiranya berada di utara Perak bolehlah cuba singgah dan meninjau sebuah pekan kecil di Daerah Krian iaitu Kuala Kurau.

Deretan kedai lama di Kuala Kurau

Pekan Kuala Kurau letaknya kira-kira 45 minit perjalanan berkereta dari Bandar Taiping. Dalam perjalanan ke Kuala Kurau kita akan menempuh sebuah pekan kecil iaitu Kuala Gula. Untuk ke Kuala Gula ada satu simpang lain dari jalan utama yang menghala ke Kuala Kurau. Kuala Gula merupakan satu destinasi yang tidak asing kepada pencinta alam kerana ia menjadi tempat singgahan burung yang sedang bermigrasi.

Pemandangan tepian Sg Kurau (kelihatan juga dua buah rumah sarang burung)

- - - - -

Jambatan motosikal menyeberangi Sg Kurau

- - - - -

Sebuah lagi deretan kedai lama Kuala Kurau

- - - - -

Kuala Kurau telah melahirkan beberapa orang penulis yang aktif seperti Jaafar Rahim dan Ibnu Ahmad al-Kurauwi. Kedua penulis ini menyumbang khidmat mereka dengan DBP. Sebuah artikel tulisan A Talib Samat turut menyenaraikan penulis dengan nama samaran Pena Mutiara dan A Wahab Hamzah (berasal dari Tanjong Piandang).

Baca info mengenai sejarah Kuala Kurau melalui sebuah entri di sini. Sedikit lagi maklumat mengenai Kuala Kurau boleh diperolehi melalui laman PID (Pusat Info Desa - Kuala Kurau).

- - - - -

June 5, 2009

Darul Uloom Deoband

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 7:44 am

Ramai yang sedia mengetahui kewujudan institusi pengajian Islam di negara seperti Mesir (Al-Azhar) dan merata pelosok Tanah Arab (Arab Saudi, Jordan, Yaman, Syria dan lain-lain). Namun selain Tanah Arab beberapa pusat pengajian Islam yang terkenal turut terdapat di India. Salah satu daripada institusi berkenaan adalah Darul Uloom Deoband.

Darul Uloom mula beroperasi pada tahun 1866 di bawah pimpinan Al-Imam Muhammad Qasim Nanautawi. (Baca laporan paparan centralmosque di sini). Kewujudan Darul Uloom turut mendapat pengiktirafan pemerintah India sendiri. Pada tahun 1980 sebuah setem khas telah dikeluarkan oleh Pos India memperingati ulang tahun penubuhan Darul Uloom. Lebih tepatnya setem ulang tahun berkenaan adalah bertepatan dengan ulang tahun ke-100 kematian Maulana Muhammad Qasim yang meninggal dunia pada tahun 1880 ketika berusia 48 tahun.

Setem ulang tahun pada tahun 1980

Keunggulan Darul Uloom turut mendapat pengiktirafan dari tokoh Islam di negara kita. Pihak Jakim amat berminat untuk menerapkan sistem pendidikan bidang Hadis dan Qur’an dari Darul Uloom untuk diaplikasi dalam negara. Jakim merancang menubuh sebuah Pusat Hadis di Kuala Kubu Bahru yang bakal mencontohi sistem yang terpakai di Darul Uloom.

Sampul surat hari pertama

Baca artikel mengenai Darul Uloom terbitan Milli Gazzete (sebuah akhbar Inggeris untuk bacaan India Muslim).

June 1, 2009

Projek Tanaman Kenaf

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:08 am

Tanaman Kenaf mula diperkenal di negara kita oleh Mardi pada tahun 2000. Ia diperkenal untuk menggantikan penanaman tembakau di beberapa tempat di Kelantan terutama Bachok. Tanaman kenaf lebih mudah dijaga, lebih tahan dan tidak banyak penyakit. Oleh itu ia amat sesuai sebagai alternatif menggantikan tembakau. Pokok kenaf berasal dari Afrika namun kini telah menjadi tanaman komersial di banyak negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan Bangladesh.

Kenaf merupakan sejenis pokok yang menghasilkan fiber menyerupai jut untuk menghasilkan tali dan tekstil. Melalui penyelidikan oleh Mardi kenaf kini boleh menghasilkan produk perabut yang bermutu tinggi. Dua buah kilang memproses hasil kenaf telah didirikan iaitu di Beris Lalang, Bachok dan Air Tawar Pasir Putih. 

Petikan berita pertanian kenaf

Kenaf di tuai selepas 120 hari bermakna kitaran tanamannya boleh disuahakan tiga kali setahun. Pulangan yang boleh dinikmati oleh pengusahanya adalah pada kadar Rm300 ke Rm500 satu tan. 

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph