Profesor Siti Musdah Mulia
Siapa dia Dr Siti Musdah Mulia ? Kenapa dengan dia? Beliau adalah seorang ahli akademik (Profesor Kajian Islam) di UIN Jakarta. Lulusan pengajian Islam UIN dan kini memegang jawatan penting di tempat ia bertugas. Beliau juga merupakan merupakan ketua umum ICRP (Indonesia Conference on Religion and Peace). Beliau mendapat pendedahan pemikiran Islam kontemporari dari Harun Nasution.
Profesor Siti Musdah merupakan seorang tokoh yang kuat mendokong fahaman Islam liberal dan kebebasan beragama di Indonesia. Beliau turut aktif memperjuangkan persolan mengenai kesaksamaan gender. Penglibatan beliau dalam aktiviti IsLib dan yang seangkatan dengannya telah mendapat pengiktirafan pihak Barat. Beliau pernah di anugerahi Yap Thiam Hien Human Rights Award untuk tahun 2008. Baca mengenainya di sini.
Namun satu perkara yang lebih mendapat publisiti dan menimbulkan kontroversi adalah keberanian beliau memberikan ‘fatwa’ menghalalkan amalan homoseksual.
Ruang solat surau Hentian R&R Gua Musang
- - - - -
Baca sedikit biografi beliau olahan Hidayatullah di sini. Baca juga sebuah artikel tulisan Siti Musdah di sini. Sebuah artikel mengenai peranan badan asing dalam membiayai aktiviti IsLib dan pendokongnya termasuk Siti Musdah boleh di baca di sini. Badan asing termasuk Asia Foundation.
- - - - -
