Galian Aquamarine
Apakah aquamarine? Mungkin tidak pernah dengar namanya. Aquamarine adalah sejenis sumber galian yang berharga untuk produk aksesori barang kemas wanita. Bagi negara yang kaya dengan aktiviti perlombongan mineral seperti Zimbabwe misalnya, nama aquamarine (dan lain-lain mineral seperti zamrud, batu akik dsb) tentulah tidak asing. Allah belum menganugerahi negara kita dengan kekayaan bahan mineral maka tidak pelik kalau ramai di antara kita yang tidak mengenali aquamarine, agate dan sebagainya.

Bahan mineral aquamarine (sumber - klik)
Aquamarine berasal dari perkataan Latin yang bermaskud "water of the sea". Namun jangan menyangka aquamerine boleh ditemui dalam laut. Ia sebenarnya sumber galian yang tertanam dan dilombong di daratan. Perlombongan aquamarine agak terkenal di negara Afrika seperti Madagascar, Zimbabwe, Tanzania, dan Zambia. Ia juga ditemui dan di lombong di Canada.

Aquamarine
Banyak lagi maklumat mengenai aquamarine boleh di baca di sini. Antaranya adalah mengenai perlombongan aquamarine, mistik dan keajaiban aquamarine, dan tidak ketinggalan mengenai produk barang kemas aquamarine.
- - - - -
