geopractice

May 21, 2009

Profesor Siti Musdah Mulia

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:33 pm

Siapa dia Dr Siti Musdah Mulia ? Kenapa dengan dia? Beliau adalah seorang ahli akademik (Profesor Kajian Islam) di UIN Jakarta. Lulusan pengajian Islam UIN dan kini memegang jawatan penting di tempat ia bertugas. Beliau juga merupakan merupakan ketua umum ICRP (Indonesia Conference on Religion and Peace). Beliau mendapat pendedahan pemikiran Islam kontemporari dari Harun Nasution. 

Profesor Siti Musdah merupakan seorang tokoh yang kuat mendokong fahaman Islam liberal dan kebebasan beragama di Indonesia. Beliau turut aktif memperjuangkan persolan mengenai kesaksamaan gender. Penglibatan beliau dalam aktiviti IsLib dan yang seangkatan dengannya telah mendapat pengiktirafan pihak Barat. Beliau pernah di anugerahi Yap Thiam Hien Human Rights Award untuk tahun 2008. Baca mengenainya di sini.

Namun satu perkara yang lebih mendapat publisiti dan menimbulkan kontroversi adalah keberanian beliau memberikan ‘fatwa’ menghalalkan amalan homoseksual.

Ruang solat surau Hentian R&R Gua Musang

- - - - -

Baca sedikit biografi beliau olahan Hidayatullah di sini. Baca juga sebuah artikel tulisan Siti Musdah di sini. Sebuah artikel mengenai peranan badan asing dalam membiayai aktiviti IsLib dan pendokongnya termasuk Siti Musdah boleh di baca di sini. Badan asing termasuk Asia Foundation.

- - - - -

May 10, 2009

KFC Halal di UK

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:15 pm

Berada di negara sendiri kita menemui restoran KFC di merata tempat. Semua KFC tempatan adalah halal dan bagi para pelanggan Muslim hal memilih makanan halal memang tidak jadi hal. Itulah salah satu nikmat yang pastinya tidak kita endahkan selagi mana berada dalam negara sendiri. Lain pula halnya kalau dibandingkan suasana di luar negara. Mencari tempat makan yang halal memang satu masalah besar. Tidak perlu pergi jauh, ke negara jiran Singapura pun sudah kita temui masalah tersebut. Apa lagi di negara barat.

Namun sebuah berita melaporkan beberapa restoran KFC sekitar London sudah mengambil langkah untuk menyediakan menu halal. Antara tempat yang dipilih adalah restoran KFC di Forest Gate, West Ham, Tottenham dan Bethnal Green. Beberapa tempat lain turut disenaraikan iaitu - Beckton, Leyton (638 High Road), Edmonton dan Hounslow. Hal tersebut merupakan satu perkembangan yang amat baik. Maka kalau ada rezeki dan punya kesempatan melawat London bolehlah mencari KFC dengan menu hal di tempat-tempat yang dinyatakan. 

Hounslow Halal KFC (sumber - klik sini)

Baca berita yang melaporkan hal tersebut dari sumber KFC UK di sini. Sumber lain yang melaporkan berita yang sama boleh dibaca - dailymail, islamnewcastle, dan chilyoislamyo. Namun begitu terdapat juga berita yang menyebut mengenai tentangan oleh sesetengah pihak terhadap perkembangan tersebut. Satu contohnya boleh dibaca di sini. nnn

- - - - -

May 1, 2009

Galian Aquamarine

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 10:01 am

Apakah aquamarine? Mungkin tidak pernah dengar namanya. Aquamarine adalah sejenis sumber galian yang berharga untuk produk aksesori barang kemas wanita. Bagi negara yang kaya dengan aktiviti perlombongan mineral seperti Zimbabwe misalnya, nama aquamarine (dan lain-lain mineral seperti zamrud, batu akik dsb) tentulah tidak asing. Allah belum menganugerahi negara kita dengan kekayaan bahan mineral maka tidak pelik kalau ramai di antara kita yang tidak mengenali aquamarine, agate dan sebagainya.

Bahan mineral aquamarine (sumber - klik)

Aquamarine berasal dari perkataan Latin yang bermaskud "water of the sea". Namun jangan menyangka aquamerine boleh ditemui dalam laut. Ia sebenarnya sumber galian yang tertanam dan dilombong di daratan. Perlombongan aquamarine agak terkenal di negara Afrika seperti Madagascar, Zimbabwe, Tanzania, dan Zambia. Ia juga ditemui dan di lombong di Canada.

Aquamarine

Banyak lagi maklumat mengenai aquamarine boleh di baca di sini. Antaranya adalah mengenai perlombongan aquamarine, mistik dan keajaiban aquamarine, dan tidak ketinggalan mengenai produk barang kemas aquamarine.

- - - - -

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph