Pergolakan Kashmir
Perebutan Khasmir oleh Pakistan dan India menjadikan wilayah tersebut sentiasa bergolak. Khasmir diduduki oleh majoriti umat Islam. Pergolakan mula tercetus ekoran kerajaan British memberi kemerdekaan kepada India dan Pakistan pada 1947. Pada ketika itu Kashmir di tadbir oleh seorang maharaja beragama Hindu bernama Hari Singh. Kerajaan British mahu meninggalkan benua kecil India secara tergesa-gesa tanpa memberikan pertimbangan wajar kepada isu Khasmir. Lebih malang Khasmir diserah oleh mereka kepada India walau pun penduduk di situ yang majoritinya Islam lebih memihak kepada Pakistan.
Di sudut geografi Pakistan mendapat nama berasaskan beberapa wilayah yang membentuk negara tersebut iaitu utara India, Punjab, Afghanistan, Sind, Khasmir dan Baluchistan. Dari sudut geografi itu sendiri layaknya Kashmir berada di bawah Pakistan. Rentetan sejarah memperlihatkan ketidak stabilan yang berlaku di Khasmir dan akan terus berlanjutan. Kini Azad Khasmir di tadbir oleh Pakistan sementara Jammu Kashmir di bawah India. Cari dan baca satu peristiwa besar di mana keretapi tiba di New Delhi dipenuhi mayat penganut Hindu sementara keretapi ke Islamabad pula dipenuhi mayat orang Islam.
Kini para pejuang Islam yang meneruskan perjuangan mereka untuk membebaskan Kashmir adalah kelompok Lashkar e-Taiba. Kumpulan ini di kategori oleh pihak Amerika dan sekutunya sebagai militan. Pada Mac 2008 berlaku serangan ganas di Mumbai di mana pihak perisik menuduh mungkin dikaukan oleh Laskar e-Taiba.
Sebuah replika masjid di Taman Tamadun Islam Terengganu (mungkin masjid Badshahi atau masjid merah Lahore Pakistan)
- - - - - - - - - - - - -
