geopractice

April 29, 2009

Ikan Belacak

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 6:13 am

Apa istimewanya ikan belacak? Waktu kanak-kanak dulu pernah juga memerhatikan muara sungai dan nampaklah ikan belacak merayap ketika air surut. Kini kawasan muara sungai tersebut sudah berbeza suasananya. Tempat itu dibangunkan menjadi pejabat Jabatan Laut.

Balik kepada hal ikan belacak - ianya merupakan hidupan separa akuatik. Begitulah takrifan dan tema yang diberi oleh Pos M’sia kepada satu siri setemnya. Ikan belacak menjadi salah satu haiwan yang ditunjukkan dalam setem berkenaan. Ikan belacak dikenali juga dengan berbagai nama lain seperti ikan belodok dan ikan tembakul (nama ini disebut dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup - baca sini). Nama saintifik belacak adalah periophthalmodon schlosseri dan dalam bahasa inggeris nama mudahnya ialah mudskipper.

Ikan belacak (sumber - klik sini)

Dari sudut bisnes ikan belacak telah menjadi komersial. Banyak produk berasas ikan belacak yang telah dikomersial. Salah satunya adalah minyak ikan belacak yang banyak dijual dengan berbagai jenama. Khasiatnya menurut bahan promosi yang tersebar adalah untuk para lelaki yang mencari penawar untuk malam hari.

Salah satu produk minyak belacak (harga Rm70-00)

Produk di atas dikeluarkan oleh sebuah syarikat di Air Hitam Kedah. Baca artikel ilmiah mengenai khasiah perubatan belacak ditulis oleh penyelidik UM (Jabatan Sains Marin) di sini. Artikel tersebut diterbitkan di Malaysian Journal of Science. Sebuah penerbitan terkini mengenai belacak di M’sia oleh warga Itali dan diterbitkan oleh Springer boleh di baca di sini.

- - - - -

April 24, 2009

Buluh dan Jenisnya

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:25 pm

Buluh tidak pernah pernah menjadi topik berita jauh sekali dibincangkan dalam aspek komersial. Satu-satunya ketika buluh menjadi penting ialah apabila menjelang Aidil Fitri kerana ramai yang hendak membakar lemang. Namun baru-baru ini Frim mengadakan satu promosi buluh melalui sebuah majlis "Forum Buluh: material untuk milenium baru". Majlis tersebut di adakan sempena Minggu Kreativiti dan Inovasi.

Dari sudut pertanian buluh merupakan tanaman botani dalam kategori rumput. Masa pertumbuhan buluh amat singkat iaitu tempoh enam bulan. Di M’sia penanaman buluh secara terancang telah dimulai pada tahun 1923. Kini penanaman buluh secara ladang diusahakan di Nami Kedah, Rantau N9 dan bakal dituruti oleh Rompin Pahang.

Ada empat jenis buluh yang sering ditemui di negara kita iaitu buluh perindu (di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland); buluh betong (popular kerana pucuk rebong); buluh lemang (nama saintifiknya Schizostachyum brachycladum) dan buluh galah.

Buluh bakar lemang

April 12, 2009

Pergolakan Kashmir

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:34 am

Perebutan Khasmir oleh Pakistan dan India menjadikan wilayah tersebut sentiasa bergolak. Khasmir diduduki oleh majoriti umat Islam. Pergolakan mula tercetus ekoran kerajaan British memberi kemerdekaan kepada India dan Pakistan pada 1947. Pada ketika itu Kashmir di tadbir oleh seorang maharaja beragama Hindu bernama Hari Singh. Kerajaan British mahu meninggalkan benua kecil India secara tergesa-gesa tanpa memberikan pertimbangan wajar kepada isu Khasmir. Lebih malang Khasmir diserah oleh mereka kepada India walau pun penduduk di situ yang majoritinya Islam lebih memihak kepada Pakistan.

Di sudut geografi Pakistan mendapat nama berasaskan beberapa wilayah yang membentuk negara tersebut iaitu utara India, Punjab, Afghanistan, Sind, Khasmir dan Baluchistan. Dari sudut geografi itu sendiri layaknya Kashmir berada di bawah Pakistan. Rentetan sejarah memperlihatkan ketidak stabilan yang berlaku di Khasmir dan akan terus berlanjutan. Kini Azad Khasmir di tadbir oleh Pakistan sementara Jammu Kashmir di bawah India. Cari dan baca satu peristiwa besar di mana keretapi tiba di New Delhi dipenuhi mayat penganut Hindu sementara keretapi ke Islamabad pula dipenuhi mayat orang Islam.

Kini para pejuang Islam yang meneruskan perjuangan mereka untuk membebaskan Kashmir adalah kelompok Lashkar e-Taiba. Kumpulan ini di kategori oleh pihak Amerika dan sekutunya sebagai militan. Pada Mac 2008 berlaku serangan ganas di Mumbai di mana pihak perisik menuduh mungkin dikaukan oleh Laskar e-Taiba.

Sebuah replika masjid di Taman Tamadun Islam Terengganu (mungkin masjid Badshahi atau masjid merah Lahore Pakistan)

- - - - - - - - - - - - -

April 5, 2009

Setem Malaysia 2007

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 1:27 pm

Booklet Setem dan Miniatur Tahun Melawat M’sia 2007

Sepanjang tahun 2007 Pos Malaysia telah melancarkan sejumlah 13 setem dengan tema seperti berikut;

1. Hidupan Laut Yang Unik / Unique Marine Life (6 Feb 2007)

2. Visit Malaysia Year 2007 (19 Mac 2007)

3. Air Transportation in M’sia (24 Mei 2007)

4. Clock Towers (6 Jun 2007)

5. Traditional Children ’s Folk-tales (26 Jun 2007)

6. 200 Years Police Force in M’sia (24 Julai 2007)

7. ASEAN Joint Issue of Stamps (8 Ogos 2007)

8. Celebrating 50th Independenct Day of M’sia (31 Ogos 2007)

9. Aga Khan Award for Architectiue for 2007 (4 Sep 2007)

10. State Emblems of M’sia (25 Sep 2007)

11. Sayur-Sayuran Nadir / Rare Vegetables in M’sia (26 Nov 2007)

12. FEI 5 StarsKL Grand Prix 2007 - World’s Greatest Horse Show (13 Dis 2007)

13. Bunga-Bungaan Taman / Garden Flowers (31 Dis 2007)

Setem Tahun Melawat M’sia (30 sen)

- - - - - - - - -

Setem Tahun Melawat M’sia (50 sen)

- - - - -

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph