Kuliah Maghrib - Mu’tazilah
Dalam sebuah kuliah Maghrib Ustaz yang mengajar membincangkan mengenai akidah yang batil dan beliau memulakan dengan topik Mu’tazilah. Siapakah pengasas Mu’tazilah? Ada beberapa nama yang dikaitkan sebagai tokoh pengasas tetapi yang paling masyur ialah Wasil Ibn Ata (m.131/748). Beliau merupakan anak murid kepada Imam Hasan al-Basri (m.110/728) yang mengajar di Masjid Basra - diteruskan oleh anak murid beliau Qatada. Menurut riwayat dalam sebuah kelas pengajian berlaku soal-jawab antara Wasil dengan gurunya mengenai kedudukan Muslim yang melakukan dosa besar. Wasil tidak bersetuju dengan jawapan Hasan al-Basri bahawa pelaku dosa besar akan menerima balasan neraka namun sebagai Muslim akhirnya akan masuk ke syurga. Berkeras dengan perbezaan pendapat tersebut menyebabkan Wasil keluar dari jemaah bersama beberapa pengikutnya. Selain Wasil nama tokoh lain yang dikaitkan dengan Mu’tazilah ialah Amr ibn Ubayd (m.144/762) dan Abul Hudnayl (m.849M) seperti mana disebut dalam artikel "Origin of the Mutazalism" dari sumber Ismaili.net.
Pegangan Mu’tazilah yang menyimpang dari ASWJ berasaskan kepada lima perkara berikut - monotheism, justice, reward and punishment, swinging between belief and disbelief, dan enjoining the right and forbidding the wrong. Baca perbincangan penuh di laman islamonline bimbingan Dr Muhammad Imarah.
Baca tulisan mengenai Mu’tazilism oleh Mir Valiuddin Profesor Philosofi Osmania Universiti India - di sini. Artikel "Mu’tazilah: The rise of Islamic rationalism" oleh Dr Muhammad Kamal dari Melbourne University (klik sini). Artikel yang komprehensif mengenai Mu’tazila dari EI2 (klik sini).
Masjid di kampus UTP Seri Iskandar
Baca mengenai "Early differences and sects in Islam" tulisan Abu Tahir Al-Baghdadi yang dipetik dari kitab ‘Al-Farq bayn al-Firaq’. Banyak kelompok Islam yang disebut dalam tulisan tersebut termasuk Mu’tazilah, Qadariyah, Jahmiyah, Asha’irah, Maturudiyyah, Batiniyyah, Rafidah, Murji’ah, dan Mujassimah (klik sini - fail pdf). Nota - tulisan berkenaan dimuatkan di laman answering-ansar.org (sebuah sumber yang pro-syiah). Sebuah artikel yang senada "Schism and heterodoxy among Muslims" tulisan Javeed Akhter dari International Policy and Strategy Institute, Chicago boleh di baca di sini -irfi.org.
Sebuah lagi artikel berkaitan ialah "The problem of pre-determinism and its impact on Muslim thought". Berkisar kepada perbincangan mengenai qada dan qadar oleh kumpulan The Reading Group (fail pdf 37m/s).
