Taman Tema LegoLand
Pembangunan Iskandar akan memulakan sebuah lagi projek baru iaitu Taman Tema LegoLand. Sidang akhbar pengumuman projek tersebut diadakan baru-baru ini (minggu ketiga Disember). Taman tema tersebut dijangka beroperasi menjelang tahun 2013. Projek LegoLand Iskandar, Johor merupakan tapak yang keenam di dunia. Setakat ini terdapat empat buah LegoLand yang sudah beroperasi iaitu di Billund (Denmark), Windsor (England), Gunzburg (Germany) dan California.
LegoLand di Billund merupakan pioneer kepada empayar industri permainan Lego. Sebuah lagi LegoLand sedang dibina di Dubai dan dijangka mula dibuka menjelang 2011.
Sebuah permainan lego (kos murah) buatan Cina jual di pasar malam
