geopractice

January 11, 2009

Rancang atau Kebetulan ?

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:41 am

 

Berbagai program rancak diadakan di Kuala Terengganu terutama dalam suasana berkempen PRK036. Mudah saja untuk pihak tertentu mengatakan bahawa program tersebut - sama ada berbentuk majlis atau projek pembangunan - bukanlah diadakan sebagai agenda kempen pilihanraya. Namun persoalannya kenapa secara tiba-tiba ada saja majlis yang di hadiri oleh para menteri di adakan di sana. Berikut adalah beberapa majlis yang dilaporkan oleh berita akhbar;

Perasmian Hotel Residence Felda oleh TPM.

Perasmian Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UDM oleh TPM. Program tersebut diikuti dengan pengumuman penawaran program bacelor perubatan dan pembedahan UDM.

Majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) Cherong Binjai Chendering oleh TPM. PPR tersebut mengandungi 120 unit pangsapuri tiga tingkat (3 bilik tidur, 2 bilik mandi).

Majlis Sesi Dialog dengan pegusaha batik oleh Menteri Miti diikuti lawatan ke Pusat Batik Imbasan Damai, Kg Losong Feri.

Perasmian Program Citra Sihat Peringkat Negeri oleh Menteri Kesihatan di Dataran Shahbandar. Beliau turut mengulas mengenai pemberian kenaikan elaun Rm300 hingga Rm700 kepada 4,000 doktor pakar kerajaan. gred 41 dinaikkan dari rm1300 menjadi rm16oo. gred 53 dan 54 menerima rm2800 berbanding rm2200 sebelum ini. gred utama meningkat dari rm2400 menjadi rm3100. 

Berita di atas (kecuali majlis pertama) dipetik dari laporan akhbar untuk hari Sabtu (10-01-09) sahaja. Bayangkan berapa banyak projek di KT selama musim kempen!

Bas milik Yayasan Terengganu (bas ini pastinya telah penuh tempahan sempena musim kempen PRK036)

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph