Majalah Hidayah
Satu ketika dulu Majalah Hidayah merupakan salah satu majalah yang dilanggani. Harganya ketika itu tidak mahal cuma RM30 untuk langganan setahun. Majalah ini turut mendapat pasaran di Indonesia. Merayau di laman blog terjumpa satu rungutan oleh pembaca di sana yang kurang senang dengan Hidayah. Menurut pembaca berkenaan Hidayah terlalu memberi fokus kepada cerita berbentuk mistik. Baca komen pembaca berkenaan di sini (nota: link berkenaan telah tidak lagi dapat dibuka - tamat tempoh domain). Namun ada juga yang menjawab dengan mengatakan tuduhan tersebut sebagai fitnah. Baca pula jawapan yang menyanggah hal tersebut di sini.
Hidayah tahun 2003 dan 2009
Harga jualan Hidayah pada 2003 adalah Rm3-50 dan kini pada 2009 harganya Rm3-90 (cuma naik 40 sen selepas 6 tahun!). Kandungan isu Januari 2009 antara lain adalah - mengapa arak diharamkan?, sahabat Nabi yang dijamin syurga dan sedikit mengenai Imam Ibnu Taimiyah.
…
