geopractice

January 2, 2009

Wahb Ibn Munabbih

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 4:20 am

Wahb Ibn Munabbih (m.728 atau 732 CE) adalah salah seorang tokoh penulis awal Islam. Beliau telah menulis kitab yang pertama mengenai kisah Nabi - Sirat al-Nabi. Malangnya kitab sirah ini telah hilang tanpa dapat dikesan. Salah sebuah kitabnya yang mahsyur ialah Kitab al-Tigan. Wahb Ibn Munabbih berketurunan Yemen dan Parsi. Sejarah hidupnya mencatatkan yang beliau pernah berfahaman Qadariyah di satu ketika. Hal ini menjadi sebab beliau dikritik oleh sesetengah pengkaji/ulama/penulis lain. Ibnu Ishaq banyak mengambil hasil tulisan Wahb dalam kitabnya. 

Di samping kita mengingati ketokohan Wahb Ibn Munabbih ada satu perkara yang seharusnya jangan dilupai mengenai beliau iaitu adanya kisah Israiliyat dalam kitabnya. Baca penjelasan mengenai Israiliyyat yang mana Wahb Ibn Munabbih disebut sebagai salah seorang yang terpalit namanya (klik sumber bacaan di sini). Hal yang sama (i.e, Wahb dan Israiliyyat) juga diulang bincang dalam sebuah artikel di islamic-awareness.

Maklumat berikut di petik dari penerbit Gorgias Press (penerbit yang telah menerbitkan terjemahan sebuah kitab Wahb Ibn Munabbih): … The Book of Crowns on the Kings of Himyar, or Kitab al-Tigan as it is known in its original Arabic title, is a pre-Islamic collection rich with lore and myth by Wahb ibn al-Munabbih. The tales of Wahb ibn al-Munabbih are preserved in the work of Abu Muhammad ‘Abd al-Malik bin Hisham (Ibn Hisham, d. 834), generally credited as the writer of The Book of Crowns. This work is sometimes referred to as one of the earliest attempts at Arabic history and remains a fascinating source of early traditions even today.

Pintu masuk Masjid Daerah Taiping .. ya, nama masjid utama di Taiping ini ialah Masjid Daerah!

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph