geopractice

January 29, 2009

Kuliah Maghrib - Mu’tazilah

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 4:53 am

Dalam sebuah kuliah Maghrib Ustaz yang mengajar membincangkan mengenai akidah yang batil dan beliau memulakan dengan topik Mu’tazilah. Siapakah pengasas Mu’tazilah? Ada beberapa nama yang dikaitkan sebagai tokoh pengasas tetapi yang paling masyur ialah Wasil Ibn Ata (m.131/748). Beliau merupakan anak murid kepada Imam Hasan al-Basri (m.110/728) yang mengajar di Masjid Basra - diteruskan oleh anak murid beliau Qatada. Menurut riwayat dalam sebuah kelas pengajian berlaku soal-jawab antara Wasil dengan gurunya mengenai kedudukan Muslim yang melakukan dosa besar. Wasil tidak bersetuju dengan jawapan Hasan al-Basri bahawa pelaku dosa besar akan menerima balasan neraka namun sebagai Muslim akhirnya akan masuk ke syurga. Berkeras dengan perbezaan pendapat tersebut menyebabkan Wasil keluar dari jemaah bersama beberapa pengikutnya. Selain Wasil nama tokoh lain yang dikaitkan dengan Mu’tazilah ialah Amr ibn Ubayd (m.144/762) dan Abul Hudnayl (m.849M) seperti mana disebut dalam artikel "Origin of the Mutazalism" dari sumber Ismaili.net.

Pegangan Mu’tazilah yang menyimpang dari ASWJ berasaskan kepada lima perkara berikut - monotheism, justice, reward and punishment, swinging between belief and disbelief, dan enjoining the right and forbidding the wrong. Baca perbincangan penuh di laman islamonline bimbingan Dr Muhammad Imarah.

Baca tulisan mengenai Mu’tazilism oleh Mir Valiuddin Profesor Philosofi Osmania Universiti India - di sini. Artikel "Mu’tazilah: The rise of Islamic rationalism" oleh Dr Muhammad Kamal dari Melbourne University (klik sini). Artikel yang komprehensif mengenai Mu’tazila dari EI2 (klik sini).

Masjid di kampus UTP Seri Iskandar

Baca mengenai "Early differences and sects in Islam" tulisan Abu Tahir Al-Baghdadi yang dipetik dari kitab ‘Al-Farq bayn al-Firaq’. Banyak kelompok Islam yang disebut dalam tulisan tersebut termasuk Mu’tazilah, Qadariyah, Jahmiyah, Asha’irah, Maturudiyyah, Batiniyyah, Rafidah, Murji’ah, dan Mujassimah  (klik sini - fail pdf). Nota - tulisan berkenaan dimuatkan di laman answering-ansar.org (sebuah sumber yang pro-syiah). Sebuah artikel yang senada "Schism and heterodoxy among Muslims" tulisan Javeed Akhter dari International Policy and Strategy Institute, Chicago boleh di baca di sini -irfi.org.

Sebuah lagi artikel berkaitan ialah "The problem of pre-determinism and its impact on Muslim thought". Berkisar kepada perbincangan mengenai qada dan qadar oleh kumpulan The Reading Group (fail pdf 37m/s).

January 28, 2009

Ketua PKR Negeri

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:23 pm

Ramai yang lebih mengenali pemain bola mewakili negeri mereka dan sudah tentunya para artis besar dari mengenali tokoh politik alternatif. Sebagai satu usaha kecil memperkenalkan tokoh parti alternatif berikut adalah senarai Pengerusi PKR Negeri yang diumumkan baru-baru ini;

- Perlis: Johari Shafie (bekas pegawai tinggi kerajaan; bersara pada 2006; lulusan Vanderbilt University)

- Kedah: Ahmad Kasim (MP Kuala Kedah; bekas YDP Abim Kedah)

- P Pinang: Zahrain Mohamed Hashim

- Perak: Osman Abdul Rahman (Ahli MPT PKR)

- Selangor/WP: Abd Khalid Ibrahim

- N9: Kamarul Baharin Abbas

- Melaka: Khalid Jaafar

- Johor: Dr Zaliha Mustaffa

- Pahang: Fauzi Abdul Rahman

- Terengganu: Wan Rahim Wan Hamzah (pesara guru; bekas Setiausaha dan Ketua Penerangan T’ganu; pernah bertanding DUN Permaisuri 2008)

- Kelantan: Ab Aziz Ab Kadir (MP Ketereh menewaskan AM; berusia 45 tahun, lulusan ekonomi UKM ‘87)

- Sabah & S’wak: DS Anwar

Kenangan kempen PKR Pemilu Mac ‘08

January 27, 2009

Paderi Terima Islam

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:29 am

Sebuah artikel dalam Harakah (5-7 Dis 08) menulis tentang ramai paderi di negara Barat telah memeluk Islam Antara nama yang disebut dalam artikel tersebut adalah;

- Yusuf Estes (bekas penceramah Kristian dan ahli perniagaan) 

- Abdullah M al-Faruque (dulunya Kenneth L Jenkins - bekas Paderi Gereja Pentecostal)

- Dr Abu Yahya (dulunya Gerald F Dirks - bekas Paderi Gereja United Methodist, seorang sarjana bidang ketuhanan Universiti Harvard dan PhD dari University Denver)

- Sister Khadijah Su Watsons (bekas Paderi dan profesor bidang ketuhanan)

- Ibrahim Khalil Ahmed atau Ibrahim Khalil Philobus (bekas Paderi Coptic)

- Martin John Mwaipopo (bekas Ketua Bishop Lutheran)

- Raphael Narbaez (bekas Paderi Jehobah Witness)

- George Anthony (bekas Paderi Katholik)

- Dr Gary Miller (Abdul Ahad Omar - pakar matematik dan bekas mubaligh Kristian)

- Paderi David Benjamin Keldani (Abdul Ahad Dawud)

- Muhammad Aman Hobohn (diplomat, pendakyah Kristian dan pekerja sosial)

- Ketua Bishop Viachislav Polosin

Masjid Abidin KT

January 25, 2009

Propaganda Zionis

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 2:21 pm

Seorang bekas diplomat (Datuk Muhammad Alias) menulis di UM mengenai propaganda yang digunakan oleh Zionis Israel untuk menarik simpati dunia. Pembikinan filem Hollywood memaparkan tema anti-semitism dan holocaust menjadi eksploitasi utama mereka. Zionis juga menjadikan sebuah NGO - Simon Wiesenthal Center (SWC) untuk menyebar propaganda mempertahan Yahudi dan menentang anti-semitism. SWC berpusat di Los Angeles dan turut beroperasi di New York, Miami, Paris, Toronto, Buenos Aires dan Jerusalem.

Selain filem dan SWC pihak Zionis turut mendirikan Muzium Toleransi (Museum of Tolerance) sebagai sebuah agen untuk menyebarkan propaganda mereka. Aktiviti muzium ini disasarkan kepada pelajar sekolah dan juga universiti, guru dan para akademik, serta pekerja sosial.

Disamping bentuk propaganda di atas eksploitasi media cetak (akhbar dan majalah) serta stesen tv dan sebagainya memang telah menjadi sasaran propaganda oleh mereka sejak sekian lama. 

Akhbar ini diberi percuma di rak airport seperti di Frankfurt Main - semua akhbar tersebut condong kepada Yahudi Israel

January 22, 2009

Anugerah Tokoh Usahawan Mekar

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 1:45 pm

Memang banyak anugerah terdapat di negara kita yang diberi kepada penerima sebagai menghargai pencapaian masing-masing. Baru-baru ini pemenang satu lagi anugerah iaitu Anugerah Tokoh Usahawan Mekar bagi tahun 2008 telah menerima hadiah mereka dari PM. Para pemenangnya ialah pengusaha kilang kopi Mohamed Chin, berusia 63 tahun dari Serdang Kedah (kategori lelaki). Pemenang kategori wanita ialah Aishah Mahmud. Beliau berusia 60 tahun dan memiliki dua buah bot menangkap ikan laut dalam. Penerima Usahawan Muda lelaki ialah Mohd Pozi Hassan 25, dan bagi perempuan Noor Yuslizawati Md Yunus 28. Program Tunas Mekar diadakan bagi menggalakkan para graduan menceburi bidang keusahawanan dengan menyertai perusahaan IKS. 

Perniagaan roti dan bakeri adalah program keusahawanan yang patut diceburi oleh pengusaha Muslim. Di bandar besar banyak kita temui kafe dan peniaga bakeri tetapi dimonopoli oleh syarikat seperti Season, Bread Talk, Lavender, Papa Roti yang kesemuanya adalah pengusaha bukan Muslim.

Sebuah kedai roti milik Muslim di KT terletak di Jalan Sultan Mahmud berhampiran Permai Inn.

Roti keluaran Kedai Roti Abdullah KT

January 17, 2009

Taman Tema LegoLand

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:59 am

 

Pembangunan Iskandar akan memulakan sebuah lagi projek baru iaitu Taman Tema LegoLand. Sidang akhbar pengumuman projek tersebut diadakan baru-baru ini (minggu ketiga Disember). Taman tema tersebut dijangka beroperasi menjelang tahun 2013. Projek LegoLand Iskandar, Johor merupakan tapak yang keenam di dunia.  Setakat ini terdapat empat buah LegoLand yang sudah beroperasi iaitu di Billund (Denmark), Windsor (England), Gunzburg (Germany) dan California.

LegoLand di Billund merupakan pioneer kepada empayar industri permainan Lego. Sebuah lagi LegoLand sedang dibina di Dubai dan dijangka mula dibuka menjelang 2011.

Sebuah permainan lego (kos murah) buatan Cina jual di pasar malam

January 11, 2009

Rancang atau Kebetulan ?

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:41 am

 

Berbagai program rancak diadakan di Kuala Terengganu terutama dalam suasana berkempen PRK036. Mudah saja untuk pihak tertentu mengatakan bahawa program tersebut - sama ada berbentuk majlis atau projek pembangunan - bukanlah diadakan sebagai agenda kempen pilihanraya. Namun persoalannya kenapa secara tiba-tiba ada saja majlis yang di hadiri oleh para menteri di adakan di sana. Berikut adalah beberapa majlis yang dilaporkan oleh berita akhbar;

Perasmian Hotel Residence Felda oleh TPM.

Perasmian Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UDM oleh TPM. Program tersebut diikuti dengan pengumuman penawaran program bacelor perubatan dan pembedahan UDM.

Majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) Cherong Binjai Chendering oleh TPM. PPR tersebut mengandungi 120 unit pangsapuri tiga tingkat (3 bilik tidur, 2 bilik mandi).

Majlis Sesi Dialog dengan pegusaha batik oleh Menteri Miti diikuti lawatan ke Pusat Batik Imbasan Damai, Kg Losong Feri.

Perasmian Program Citra Sihat Peringkat Negeri oleh Menteri Kesihatan di Dataran Shahbandar. Beliau turut mengulas mengenai pemberian kenaikan elaun Rm300 hingga Rm700 kepada 4,000 doktor pakar kerajaan. gred 41 dinaikkan dari rm1300 menjadi rm16oo. gred 53 dan 54 menerima rm2800 berbanding rm2200 sebelum ini. gred utama meningkat dari rm2400 menjadi rm3100. 

Berita di atas (kecuali majlis pertama) dipetik dari laporan akhbar untuk hari Sabtu (10-01-09) sahaja. Bayangkan berapa banyak projek di KT selama musim kempen!

Bas milik Yayasan Terengganu (bas ini pastinya telah penuh tempahan sempena musim kempen PRK036)

January 8, 2009

Majalah Hidayah

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 6:29 am

 

Satu ketika dulu Majalah Hidayah merupakan salah satu majalah yang dilanggani. Harganya ketika itu tidak mahal cuma RM30 untuk langganan setahun. Majalah ini turut mendapat pasaran di Indonesia. Merayau di laman blog terjumpa satu rungutan oleh pembaca di sana yang kurang senang dengan Hidayah. Menurut pembaca berkenaan Hidayah terlalu memberi fokus kepada cerita berbentuk mistik. Baca komen pembaca berkenaan di sini (nota: link berkenaan telah tidak lagi dapat dibuka - tamat tempoh domain). Namun ada juga yang menjawab dengan mengatakan tuduhan tersebut sebagai fitnah. Baca pula jawapan yang menyanggah hal tersebut di sini.

Hidayah tahun 2003 dan 2009

Harga jualan Hidayah pada 2003 adalah Rm3-50 dan kini pada 2009 harganya Rm3-90 (cuma naik 40 sen selepas 6 tahun!). Kandungan isu Januari 2009 antara lain adalah - mengapa arak diharamkan?, sahabat Nabi yang dijamin syurga dan sedikit mengenai Imam Ibnu Taimiyah.

January 7, 2009

Papyri di Duke University

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:05 am

 

Papyri merupakan medium untuk menulis yang digunakan sebelum tercipta kertas. Papyrus adalah perkataan Latin yang darinya terbit perkataan ‘paper’. Beberapa universiti di US mempunyai koleksi papyri yang tersimpan di perpustakaan mereka untuk kegunaan papyrologist (para pengkaji papyri). Di antara universiti yang dikenal pasti menyimpan papyri adalah Duke, Princeton, Michigan dan Utah. Duke University mempunyai koleksi papyri yang di kategori menurut topik berikut - paganism, magical, astrological, Hindusim, early Christianity, dan Islam. Terdapat tiga contoh papyri yang ditunjukkan dalam koleksi Islam iaitu - surah dari Quran,teks hadith dan teks literari.

Papyri Surah Al-Fatihah (Duke U)

Papyri teks hadith (Duke) - tahun 10–

Papyri teks literari (Duke) tahun 8–

Duke U menyebut perkatan papyri sebagai berasal dari Egypt dengan makna "that which belongs to the house". Asal-usul perkataan tersebut ada kaitannya dengan "the bureaucracy of the ancient Egypt" rujuk petikan perbincangan berkenaan di sini.

January 4, 2009

Jane Dammen McAuliffe

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 4:24 am

 

Dr Jane Dammen mcAuliffe (sumber - klik)

Professor Jane McAuliffe merupakan ahli akademik yang menumpukan kajiannya dalam Islam terutama mengenai tafsir Qur’an. beliau mendapat PhD dalam Islamic Studies dari U of Toronto pada tahun 1984 (sunggoh pun begitu beliau adalah beragama Kristian). Tesis beliau berjudul "Perceptions of the Christians in Qur’anic Tafsir". Dr McAuliffe kemudian memulakan kerjaya akademik di Dept of Near and Middle Eastern Civilizations, U of Toronto. Selepas beberapa lama di U of T, Jane berpindah tempat mengajar ke Emory University dan seterusnya ke Georgetown University. Bio ringkas beliau boleh diperolehi di sini.

The Cambridge Companion to the Qur’an (USD85-00)

Senarai lengkap penerbitan McAuliffe dikemaskini sewaktu berkhidmat di Georgetown U boleh di baca di sini. Sebuah buku yang agak kini yang beliau usahakan ialah The Cambridge Companion to the Qur’an (foto di atas). Buku terbitan Cambridge U Press tahun 2006 (edisi hardcover). Sedikit latar belakang ymengenai buku tersebut boleh di baca di sini. Artikel berkenaan agak komprehensif.

Pada tahun 2002-2005 Dr McAuliffe telah menerbitkan ensiklopedia "Encyclopaedia of the Qur’an". Ensiklopedia tersebut mengandungi lima volume diterbitkan oleh Brill Leiden.

Encyclopaedia of the Qur’an Vol 2 (2002)

Kini McAuliffe telah pun bersara dari GU. Beliau kini memberi khidmat kepada Bryn Mawr College (sebuah kolej private). Jane baru sahaja dilantik sebagai Presiden di Bryn. Berita lantikan beliau di Bryn turut mendapat perhatian pihak campus-watch (sebuah organisasi yang condong memihak kepada Zionis Israel).

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph