David Cook - Apocalyptic
Dr David Cook merupakan seorang ahli akademik sejarah islam di Rice University. Beliau merupakan Associate Professor di Department of Religous Studies. Dr Cook menulis tesis kedoktoran "The beginning of Islam in Syria during Umayyad period". Tesis University of Chicago tahun 2002 seliaan Profesor Fred Donner, Kaegi Walter dan Patricia Crone. Beliau banyak membuat kajian dan seterusnya menerbit buku mengenai apocalyse dan apocalyptic. Menurut Kamus Dewan apocalypse adalah malapetaka yang maha dahsyat. Sekiranya kita merujuk kepada Kitab perkataan apocalypse bermaksud hari kiamat. Apocalyptic pula bermaksud memberikan ramalan atau bayangan; sementara apocalyptical di ertikan sebagai mengakibatkan malapetaka yang maha dahsyat. Buku terkini David Cook mengenai genre apocalypse berjudul "Contemporary Muslim Apocalyptic Literature" diterbitkan oleh Syracuse University Press pada Oktober 2008.

Tebal 272 m/surat - USD20-00 (kira murahlah tu)
Prof Cook juga banyak menulis dalam tajuk mengenai jihad dan genre seumpamanya seperti suicide. Terkini beliau telah menerbitkan buku berjudul "Understanding and addressing suicide attacks". Buku berkenaan terbitan Praeger Security International 2007.

Tebal 224 m/surat -USD45-00
Sebuah buku beliau "Understanding Jihad" telah di terbitkan oleh University of California Press. Sedikit maklumat buku berkenaan boleh baca di sini.

Understanding Jihad
Beberapa buku lagi oleh David Cook boleh di baca di sini.
