geopractice

December 31, 2008

Tesis Khawarij

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 6:59 am

 

Sejarah pembentukan Khawarij bermula pada tahun 657 ekoran peristiwa rundingan Siffin di antara Khalifah Ali ibn Abu Talib dengan Saidina Muawiyyah. Siffin adalah nama sebuah kota kecil di Selatan Iraq. Terdapat segolongan pengikut Ali yang tidak bersetuju dengan perundingan Siffin. Mereka telah berkumpul dan berkhemah di sebuah tempat berhampiran Nahrawan. Pemboikotan golongan tersebut membawa kepada tercetusnya nama Khawarij (atau kharijis atau kharijites) yang bermaksud "those who go out". Perkataan khawarij diambil dari surah an-nisa ayat 100 yang bermaksud "He who departs his home on the path of Allah will find ready and welcome refuge in the world.."

Terdapat beberapa tesis kedoktoran dengan judul mengenai Khawarij. Di antaranya adalah "Heterodoxy and culture: The legacy of the Khawarij in Islamic history". Tesis tersebut di tulis oleh Jeffrey T Kenny pada tahun 1991 (U of California, Santa Barbara). Malangnya teks penuh tidak dapat diperolehi dari proquest. Namun tesis tersebut telah diterbitkan sebagai sebuah buku (boleh semak dari amazon).

Sebuah lagi tesis yang lebih awal adalah pada tahun 1989. Tesis berjudul "Studies in Islamic heresiography: The Khawarij in two firaq traditions". Tesis tersebut dihasilkan oleh Keith Lewinstein di Princeton University. Tesis yang terkini mengenai Khawarij "The khawarij in modern Islamic historiography" di tulis oleh Hussam S Timani. Tesis tersebut ialah di UCLA pada tahun 2002. Hussam kemudiannya menerbitkan kerja tersebut sebagai sebuah buku dengan judul "Modern intelectual readings of the Kharijites" pada 2008. 

Masjid Kampus UTP Tronoh (nama An-Nur kalau tak silap)… senibinanya menarik sekali.

December 24, 2008

Aljamiado, Mudejar dan Moriscos

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 5:41 am

 

Membaca sejarah Islam di Sepanyol akan menemukan kita dengan perkataan seperti - Aljamiado, Mudejar dan Moriscos. Itulah antara ungkapan yang menjadi peninggalan tentang zaman kegemilangan Islam di Sepanyol. Aljamiado adalah bahasa penulisan yang digunakan oleh umat Islam Sepanyol untuk mengkaji Qur’an dan Islam. Analoginya sama seperti mana kita menggunakan tulisan jawi menulis kitab agama. Aljamiado telah diharamkan penggunaannya oleh kerajaan Kristian Sepanyol pada 1566.

Mujedar adalah panggilan kepada rakyat Muslim Sepanyol yang diizin mengekalkan agama Islam sewaktu kejatuhan kerajaan Islam Granada. Moriscos pula adalah merujuk kepada rakyat Sepanyol yang menukar agama kepada Islam sewaktu Sepanyol jatuh ke tangan khalifah Islam. Golongan Moriscos akhirnya di arah supaya keluar dari Sepanyol pada 1609 dan mereka membawa diri ke Perancis, Afrika dan Levant (i.e., Greater Syria). Episod kejatuhan dan pembunuhan umat Islam ini di kenali dalam sejarah sebagai "Spanish Inquisition".

Monumen Al-Hambra Sepanyol (versi Taman Tamadun Islam Terengganu)

December 11, 2008

Patricia Crone - Meccan Trade

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:13 am

 

Professor Patricia Crone (dari Princeton University) menulis sebuah buku "Meccan Trade and the rise of Islam". Buku tersebut telah diterbitkan oleh dua penerbit. Kali pertama oleh Princeton University Press pada 1987 dan ulang terbit oleh Gorgias Press pada 2004.

Buku Meccan Trade oleh Crone sering dirujuk oleh para pengkaji khususnya oleh pengkaji Barat. Baca suatu catatan mengenai buku Crone ini di sebuah blog. Sebuah artikel yang terdapat di laman  islamawareness telah cuba menyangkal apa yang ditulis oleh Crone. Artikel tersebut berjudul "Arabia without spices: An alternate hypothesis" tulisan Gene W Heck. Pada asalnya artikel berkenaan telah diterbitkan oleh Journal of the American Oriental Society (JAOS Vol 123 pada tahun 2003). Baca artikel tersebut di sini.

Meccan Trade (Gorgias Press) - USD89-00

Terkini Crone menerbitkan sebuah artikel "Quraysh and the Roman Army: Making sense the Meccan leather trade". Tulisan beliau di terbitkan dalam Bulletin of the School of Oriental and African Studies (Vol. 70, 2007). Baca mengenai buku-buku lain yang ditulis oleh Crone di sini.

Abstrak artikel tersebut menyebut "This paper argues that the trade in leather and other pastoralist products, which  the tradition ascribes to the Meccan, could make sense on the assumptions that the goods were destined for the Roman army, which is known to have required colossal quantities of leather and hides for its equipment. The hypothesis that the Meccans were servicing the Roman military is examined and found to be impossible to prove in our current state of knowledge; it is at least compatible with the evidence, however, and also highly promising in terms the light it could throw on the political aspects of the rise of Islam".

December 10, 2008

David Cook - Apocalyptic

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 9:12 am

 

Dr David Cook merupakan seorang ahli akademik sejarah islam di Rice University. Beliau merupakan Associate Professor di Department of Religous Studies. Dr Cook menulis tesis kedoktoran "The beginning of Islam in Syria during Umayyad period". Tesis University of Chicago tahun 2002 seliaan Profesor Fred Donner, Kaegi Walter dan Patricia Crone. Beliau banyak membuat kajian dan seterusnya menerbit buku mengenai apocalyse dan apocalyptic. Menurut Kamus Dewan apocalypse adalah malapetaka yang maha dahsyat. Sekiranya kita merujuk kepada Kitab perkataan apocalypse bermaksud hari kiamat. Apocalyptic pula bermaksud memberikan ramalan atau bayangan; sementara apocalyptical di ertikan sebagai mengakibatkan malapetaka yang maha dahsyat. Buku terkini David Cook mengenai genre apocalypse berjudul "Contemporary Muslim Apocalyptic Literature" diterbitkan oleh Syracuse University Press pada Oktober 2008.

Tebal 272 m/surat - USD20-00 (kira murahlah tu)

Prof Cook juga banyak menulis dalam tajuk mengenai jihad dan genre seumpamanya seperti suicide. Terkini beliau telah menerbitkan buku berjudul "Understanding and addressing suicide attacks". Buku berkenaan terbitan Praeger Security International 2007.

Tebal 224 m/surat -USD45-00

Sebuah buku beliau "Understanding Jihad" telah di terbitkan oleh University of California Press. Sedikit maklumat buku berkenaan boleh baca di sini.

Understanding Jihad

Beberapa buku lagi oleh David Cook boleh di baca di sini.

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph