geopractice

November 27, 2008

HSI Berkulat Lagi

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:43 am

 

Petikan berita kulat di HSI

Kejadian serangan kulat dilaporkan berlaku semula di Hospital Sultan Ismail (HSI) JB. HSI pernah sebelum ini diserang kulat sehingga ia terpaksa ditutup selama 17 bulan untuk diperbaiki. Kini hospital tersebut dikhuatiri berkulat buat kali kedua terutama di bahagian kafeteria. Kebocoran paip dan udara yang lembab disyaki menjadi punca kulat berkenaan. Kulat yang dikesan adalah jenis ‘aspergillus’ yang biasanya tidak membawa penyakit. namun ia masih merbahaya kepada pesakit yang berdaya ketahanan lemah.

Kafeteria HSI JB

Masalah yang sama juga berlaku di Poliklinik Komuniti Air Keroh Melaka. Poliklinik berkenaan turut diserang kulat dan memerlukan peruntukan Rm2.55 juta untuk diperbaiki. Baca artikel mengenai kulat aspergillus di sini dan artikel tentang kulat mold di sini.

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph