Kampung Baru Plentong Tengah
Seramai 2000 penduduk Kampung Baru Plentong Tengah telah diarah berpindah. Mereka menduduki kampong tersebut sejak belasan tahun malah mungkin ada yang telah pulohan tahun. Masalah timbul apabila tanah mereka dibeli oleh sebuah syarikat pemaju - Bukit Lenang Development. Menurut laporan pemilik asal berjanji untuk menjualnya kepada para penduduk yang menumpang di tanah tersebut. Entah macam mana jual-beli berkenaan berpindah pula kepada pemaju tersebut.
Kini penduduk terlibat diarah berpindah oleh Bukit Lenang yang telah memberi notis untuk merobohkan penempatan tersebut pada 15 Ogos lalu. Kerajaan Negeri telah memberikan tapak baru di Bukit Dagang. Masalahnya tapak baru di Bukit Dagang belum mempunyai infrastruktur asas seperti jalan masuk, paip air dan sebagainya. Para penduduk berkenaan membuat protes dan merayu penangguhan. ditangguhkan. Atas pertimbangan Bukit Lenang mereka diberi penangguhan sehinnga 15 Oktober iaitu dua minggu selepas hari raya.
Begitulah halnya di JB dalam keghairahan mengenai pembangunan di Iskandar masih ramai rakyat yang berdepan dengan pelbagai masalah perumahan.
Sebuah projek apartment kos sederhana sedang dalam pembinaan oleh UDA di JB. Harga jualan seunit ialah Rm80,000 dan para pembeli di sasarkan kepada golongan berpendapatan sederhana dan perlu berdaftar dengan Unit Perumahan SUK Johor. Uniknya projek ini adalah kedudukannya bersebelahan dengan pusat membeli-belah Plaza Angsana. Inilah satu-satunya tempat kediaman harga ‘murah’ yang dibangunkan berjiran dengan Angsana. Amat strategik sekali lokasinya.
