geopractice

September 25, 2008

Tokoh Silam Menyerang Islam

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 7:52 am

Sebilangan tokoh silam Kristian amat terkenal dengan usaha buruk mereka mempelopori sifat membenci Islam. Secara khususnya mereka menyerang peribadi Nabi Muhamad SAW dan juga memperlekeh kitab suci Al-Quran. Beberapa nama tokoh berkenaan disenaraikan oleh Dr Alwi Shihab dalam bukunya – Membedah Islam di Barat; Peter the Venerable (1094-1156), Thomas of Tuscany (m.1278), St Thomas Aquinas (1225-1274), George of Trebizond (1395-1484), John of Segovia (1400-1456), Nicholas of Cusa (1401-1464), Jean Germain (1400-1461), Paus Pius II (1405-1464), Martin Luther (1483-1546), John Calvin (1509-1564), Guillau me Postel (1510-1581), Ludovico Marraci (1612-1700), Karl Gottlieb Pfander (1803-1865), William Muir (1819-1905).

Dalam konteks melawan tuduhan puak Kristian tersebut tokoh para pembela Islam pula di antaranya adalah Ibn Hazm Al-Zahiri (994-1064), Abdulmalik Al-Juwaini (1028-1085), Abu Hamid Al-Ghazali / Imam Ghazali (1059-1111), Taqi Al-Din Ibn Taymiyya (1263-1328).

Buku Membedah Islam di Barat

September 12, 2008

Kampung Baru Plentong Tengah

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:24 am

 

Seramai 2000 penduduk Kampung Baru Plentong Tengah telah diarah berpindah. Mereka menduduki kampong tersebut sejak belasan tahun malah mungkin ada yang telah pulohan tahun. Masalah timbul apabila tanah mereka dibeli oleh sebuah syarikat pemaju - Bukit Lenang Development. Menurut laporan pemilik asal berjanji untuk menjualnya kepada para penduduk yang menumpang di tanah tersebut. Entah macam mana jual-beli berkenaan berpindah pula kepada pemaju tersebut.

Kini penduduk terlibat diarah berpindah oleh Bukit Lenang yang telah memberi notis untuk merobohkan penempatan tersebut pada 15 Ogos lalu. Kerajaan Negeri telah memberikan tapak baru di Bukit Dagang. Masalahnya tapak baru di Bukit Dagang belum mempunyai infrastruktur asas seperti jalan masuk, paip air dan sebagainya. Para penduduk berkenaan membuat protes dan merayu penangguhan. ditangguhkan. Atas pertimbangan Bukit Lenang mereka diberi penangguhan sehinnga 15 Oktober iaitu dua minggu selepas hari raya. 

Begitulah halnya di JB dalam keghairahan mengenai pembangunan di Iskandar masih ramai rakyat yang berdepan dengan pelbagai masalah perumahan. 

Sebuah projek apartment kos sederhana sedang dalam pembinaan oleh UDA di JB. Harga jualan seunit ialah Rm80,000 dan para pembeli di sasarkan kepada golongan berpendapatan sederhana dan perlu berdaftar dengan Unit Perumahan SUK Johor. Uniknya projek ini adalah kedudukannya bersebelahan dengan pusat membeli-belah Plaza Angsana. Inilah satu-satunya tempat kediaman harga ‘murah’ yang dibangunkan berjiran dengan Angsana. Amat strategik sekali lokasinya.

September 8, 2008

Laman membenci Islam

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:38 am

 

Mendapatkan maklumat dari laman web merupakan satu cara mudah untuk mempelajari mengenai sesuatu. Begitu juga halnya bagi yang ingin mencari info mengenai Islam. Namun kita harus berhati-hati dengan kewujudan laman yang mengguna nama Islam tetapi mereka sebenarnya membenci Islam. Beberapa laman yang dikenal pasti sebagai berniat buruk dinyatakan dalam sebuah entri di sini. Di antara laman yang berkenaan ialah aboutislam.com

Ada banyak lagi tempat-tempat lain di internet yang disediakan sebagai medan memburuk Islam. Seorang blogger prihatin memaparkan beberapa lagi laman web yang seharusnya kita elak kerana menyerang dan memberi imej buruk terhadap Islam. Di antara senarai yang beliau temui ialah;

kalimatullah.com; prophetofdoom.net; investigateislam.com; jihadwatch.org; thereligionofpeace.com; islam-watch.org; islamwatch.blog.ca; islamexpose.blogspot; infidelsarecool.com; savecivilization.org; kesalahanquran.wordpress; indonesia.faithfreedom.org/forum 

Sebuah masjid di Kg Sg Redan Johor - waktu itu baru selesai mengadakan majlis akad nikah pengantin

September 3, 2008

Bioteknologi Manggis

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 4:00 am

 

Inovasi dan bioteknologi merupakan elemen penting yang menyumbang kepada penciptaan produk berasaskan bahan pertanian. Di antara yang menerima manfaat inovasi ialah buah manggis. Kemajuan bioteknologi telah membolehkan sisa buah manggis iaitu kulit manggis di manfaatkan sebagi produk kesihatan. Kulit manggis dikeringkan dan dijadikan serbuk serta dikapsulkan. Apakah khasiat yang disumbangkan oleh kapsul kulit manggis. Banyak khasiat mereka seperti memberi tenaga, penawar kemurungan, mencantik kulit, membuang kolestrol dan berbagai lagi. Satu senarai panjang khasiat kulit manggis boleh di baca di sini

September 1, 2008

Atlit Muslim

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 4:01 am

 

Olimpik Beijing telah menyaksikan beberapa jagoh atlit dari negara Muslim bertanding. Walau pun tak ramai yang menang tetapi penyertaan mereka sudah cukup menguja. Penglibatan mereka di Olimpik turut  menaikkan imej Islam di mata dunia.

Kejohanan atletik peringkat antarabangsa terus berjalan sekali pun Olimpik baru sahaja berakhir. Baru-baru ini sebuah kejohanan atletik - Weltklasse Golden League telah berlangsung di Zurich. Di antara ahli atlit Muslim yang mencapai kejayaan di arena tersebut adalah;

Acara 1500m: Rashid Ramzi (tempat ke 2) dan Belal Ali (tempat ke 3); kedua-duanya atlit dari Baharin. Acara lompat jauh: Hussein Taher Al-Sabee (tempat pertama) peserta dari Arab Saudi.

Acara 800m (P): Maryam Yusuf Jamal (tempat ke 2) dari Baharin.

Sepasang kasut adidas yang dibeli sempena aidil fitri tahun lalu. Adidas merupakan jenama yang menaja ramai para atlit di kejohanan dunia seperti Olimpik.

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph