Tafsir bil-ma’thur dan bir-ra’yi
Setiap umat Islam amat dituntut merapatkan diri dengan al-Quran. Disamping kita berusaha memperbaiki qiratul Quran alangkah eloknya kalau dapat mengenali dan membaca tafsir al-Quran. Ada banyak sumber maklumat yang boleh kita cari untuk mempelajari tafsir dan mengenali jenis-jenis tafsir al-Quran.
Tafsir bil-ma’thur ialah tafsir bersandar kepada hadith-hadith, tabi’in dan tabi’it tabi’in. Contoh tafsir jenis ini ialah Jamiul-Bayan oleh al-Tabari dan mengikutinya ialah tafsir Ibnu Kathir.
Tafsir bir-ra’yi iaitu tafsir yang menggunakan akal fikiran yang terbahagi pula kepada dua jenis. Pertama tafsir dibuat menurut kaedah yang betul dan boleh diterima. Jenis kedua pula tafsir yang tertolak kerana unsur rasionalisma, ekstrim dan menurut hawa nafsu. Termasuk dalam golongan ini ialah tafsir yang dihasilkan oleh kelompok Muktazilah, Syiah, dan golongan sufi mistik seperti Ibnu Arabi.
(Penjelasan ini di petik dari buku Pemikiran Islam oleh Dr Abdul Rahman Hj Abdullah)
Pintu utama Masjid Jamek Kg Sg Redan, Ulu Tiram, Johor
