Akibat Kotor
Jaga kebersihan dan jauhi kekotoran merupakan ingatan yang sering di pesan kepada semua sejak zaman persekolahan. Kotor boleh mencemar alam sekitar dan membawa penyakit. Kita mungkin tidak kisah sekiranya ada sebahagian ahli masyarakat yang tidak menjaga kebersihan. Namun, lama kelamaan tabiat tidak mengamalkan kebersihan secara kolektif turut memberi impak di segi ekonomi. Ini dibuktikan oleh berita berikut ….
Apakah produk seperti ini turut di bekukan importnya ke pasaran EU? Yang pasti kemelut ini melibatkan pengilang untuk produk makanan laut dalam bentuk frozen.
Menurut Malaysian Frozen Foods Processor Association (MFFPA) yang mempunyai keahlian terdiri dari 20 pengilang kebanyakan plant prosesannya memenuhi standard EU. Namun elemen lain yang menyumbang kepada masalah kebersihan termasuklah infrastruktur dan kemudahan seperti bot penagkap ikan, jeti pendaratan ikan serta ladang ternakan ikan dan udang. Menurut MFFPA lagi tahap kebersihan infrastruktur inilah yang memberi masalah besar kepada kemelut dengan pihak EU.
Pihak EU mengadakan lawatan melihat ke tempat-tempat berkenaan pada April lalu. Enam dari sembilan kilang yang dilawati mereka gagal melepasi tahap kebersihan EU. Kegagalan mematuhi tahap kebersihan mengakibatkan EU menyekat import bahan makanan laut dari Msia berkuatkuasa 18 Jun. Menurut Menteri Kesihatan tindakan EU itu mengakibatkan negara menanggung kerugian Rm1.5 bilion setahun.
