Memahami Hagarism
Kali pertama menemui perkataan hagarism ialah melalui sebuah buku - Hagarism: the making of Islamic world, yang diterbitkan pada tahun 1977. Buku tersebut ditulis bersama oleh Patricia Crone dan Michael Cook. Dua ahli akademik ini telah banyak menerbitkan buku-buku membincangkan mengenai Islam. Namun penulisan mereka agak bias dan cenderung kepada usaha untuk memburuk Islam melalui idea yang bercorak provokasi.
Apakah hagarism? Melalui judul buku di atas kita tentunya mengagak hagarism adalah berkaitan dengan Islam. Namun tidak pula kita temui perkataan tersebut dalam kitab karangan para muslimin. Maksud hagarism seperti mana yang di tulis dalam buku di atas belum dapat dinyatakan buat masa ini kerana belum berkesempatan membaca buku berkenaan. Namun sedikit catatan di petik dari buku The Formation of Islam oleh Jonathan Berkey menjelaskan mengenai hagarism. Beliau menulis bahawa hagarism sebagai "early religion of Arabs; a word derived from the name used in some Greek and Syriac sources when talking about the ‘Muslims’ … ". Hagarism juga dikatakan terbit dari nama Hajar (isteri Nabi Ibrahim).
Papan tanda berhampiran pintu masuk Musola di Frankfurt Airport
…
