Kedai Buku Terpakai
Satu lagi tempat mencari buku untuk dibeli ialah di kedai buku terpakai (second-hand books). Sebenarnya agak susah untuk menemui kedai buku terpakai kerana bilangannya amat sedikit. Kewujudan kedai buku terpakai mungkin hanya diketahui oleh segelintir pelanggan tetapnya sahaja.
Sebuah kedai buku terpakai di The Mall KL
Di KL terdapat beberapa tempat menjual buku terpakai. Sebuah darinya ialah The Book Chest terletak di Kompleks Membeli-belah The Mall. Di kedai ini peminat novel boleh membeli tiga buah novel terpakai dengan harga Rm10. Kedai dengan konsep yang serupa mungkin juga boleh ditemui di Pasar Seni.
