geopractice

June 30, 2008

Projek Lido Boulevard

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 6:21 am

Sebuah lagi projek di JB yang boleh dikategori sebagai mega telah dihebahkan. Projek berkenaan -Lido Boulevard- bernilai Rm2.7 bilion akan dibangunkan oleh Central Malaysia Properties Sdn Bhd (CMP). Menurut laporan projek akan bermula pada September ‘08 melibatkan tebus-guna tanah dengan keluasan antara 40m hingga 450m di sepanjang Pantai Lido melibatkan jajaran 2.4km. Penambakan menggunakan pasir yang diangkut dari Teluk Ramunia melalui Stulang Laut. Pasir tersebut kemudiannya dipindahkan ke tapak pembinaan menggunakan talian paip terapung. Projek tersebut juga melibatkan pembuangan dua blok pembetungan di Tambak Johor bagi membolehkan air mengalir dan seterusnya meningkatkan kualiti air di kawasan tersebut.

Petikan berita yang di lapor pada Jun 08

Persoalannya apa sangatlah sumbangan projek kepada rakyat terbanyak. Kalau sekadar untuk mengadakan kompleks perniagaan sememangnya telah banyak terdapat di sekitar JB. Lebih malang lagi beberapa kompleks yang sama terabai dan menjadi gajah putih seperti kompleks Waterfront yang juga terletak berhampiran Pantai Lido.

Petikan berita yang sama yang pertama kali di laporkan pada Januari 08

Adalah lebih bermanfaat sekiranya dana tersebut di gunakan untuk membangunkan infrastruktur pengangkutan awam seperti LRT di sepanjang jalan skudai dari persimpangan pontian menuju ke bandar. Projek LRT tentu sekali dapat mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian lebih-lebih lagi di zaman harga petrol semakin meningkat.

June 25, 2008

Akibat Kotor

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:20 am

Jaga kebersihan dan jauhi kekotoran merupakan ingatan yang sering di pesan kepada semua sejak zaman persekolahan. Kotor boleh mencemar alam sekitar dan membawa penyakit. Kita mungkin tidak kisah sekiranya ada sebahagian ahli masyarakat yang tidak menjaga kebersihan. Namun, lama kelamaan tabiat tidak mengamalkan kebersihan secara kolektif turut memberi impak di segi ekonomi. Ini dibuktikan oleh berita berikut ….

Apakah produk seperti ini turut di bekukan importnya ke pasaran EU? Yang pasti kemelut ini melibatkan pengilang untuk produk makanan laut dalam bentuk frozen.

Menurut Malaysian Frozen Foods Processor Association (MFFPA) yang mempunyai keahlian terdiri dari 20 pengilang kebanyakan plant prosesannya memenuhi standard EU. Namun elemen lain yang menyumbang kepada masalah kebersihan termasuklah infrastruktur dan kemudahan seperti bot penagkap ikan, jeti pendaratan ikan serta ladang ternakan ikan dan udang. Menurut MFFPA lagi tahap kebersihan infrastruktur inilah yang memberi masalah besar kepada kemelut dengan pihak EU.

Pihak EU mengadakan lawatan melihat ke tempat-tempat berkenaan pada April lalu. Enam dari sembilan kilang yang dilawati mereka gagal melepasi tahap kebersihan EU. Kegagalan mematuhi tahap kebersihan mengakibatkan EU menyekat import bahan makanan laut dari Msia berkuatkuasa 18 Jun. Menurut Menteri Kesihatan tindakan EU itu mengakibatkan negara menanggung kerugian Rm1.5 bilion setahun.

June 22, 2008

Huzaifah al-Yaman

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 4:21 am

Dalam menelusori sejarah Al-Quran kita menemui banyak nama para sahabat yang terlibat dengan usaha mengumpul dan menulisnya. Antara nama yang terkenal dan sering disebutkan ialah Zaid bin Thabit. Beliau merupakan tokoh yang dilantik oleh Saidina Uthman untuk menyusun al-Quran. Selain Zaid ada tiga tokoh lain yang terlibat dengan usaha besar tersebut iaitu Abdullah Ibnu Zubair, Said Ibnu Al-As, Abdul Rahman Ibnu Al-Harith. Namun ada satu nama yang mungkin kurang dikenali tetapi turut memainkan peranan dalam penghasilan al-Quran. Tokoh tersebut ialah Huzaifah al-Yaman. Apakah peranan Huzaifah dalam sejarah al-Quran?

Rak kecil menyimpan al-Quran di Musola Airport Frankfurt

Huzaifah merupakan tokoh di zaman Saidina Uthman yang pernah berada di Azerbaijan dan Armenia. Di sana beliau melihat pertengkaran berlaku di antara penduduk berasal dari Iraq dan Syam mengenai bacaan al-Quran. (Pertengkaran timbul kerana al-Quran pada ketika itu dalam bentuk berbagai mushaf dengan qiraat yang berbeza). Huzaifah menemui Saidina Uthman dan melapurkan kebimbangan beliau mengenai apa yang dilihatnya. Mendengar keresahan Huzaifah tentang hal tersebut membuatkan Saidina Uthman mengambil keputusan memerintahkan Zaid menyusun semula al-Quran. Dari usaha tersebut lahirlah al-Quran yang kita kenali sebagai Rasm Uthmani.

June 20, 2008

Memahami Hagarism

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 3:57 am

Kali pertama menemui perkataan hagarism ialah melalui sebuah buku - Hagarism: the making of Islamic world, yang diterbitkan pada tahun 1977. Buku tersebut ditulis bersama oleh Patricia Crone dan Michael Cook. Dua ahli akademik ini telah banyak menerbitkan buku-buku membincangkan mengenai Islam. Namun penulisan mereka agak bias dan cenderung kepada usaha untuk memburuk Islam melalui idea yang bercorak provokasi. 

Apakah hagarism? Melalui judul buku di atas kita tentunya mengagak hagarism adalah berkaitan dengan Islam. Namun tidak pula kita temui perkataan tersebut dalam kitab karangan para muslimin. Maksud hagarism seperti mana yang di tulis dalam buku di atas belum dapat dinyatakan buat masa ini kerana belum berkesempatan membaca buku berkenaan. Namun sedikit catatan di petik dari buku The Formation of Islam oleh Jonathan Berkey menjelaskan mengenai hagarism. Beliau menulis bahawa hagarism sebagai "early religion of Arabs; a word derived from the name used in some Greek and Syriac sources when talking about the ‘Muslims’ … ". Hagarism juga dikatakan terbit dari nama Hajar (isteri Nabi Ibrahim). 

Papan tanda berhampiran pintu masuk Musola di Frankfurt Airport

June 19, 2008

Bacaan IKIM

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 5:35 am

Rakyat Malaysia rata-ratanya membaca dua buah buku setahun. Begitulah statistik yang sering dipetik bila memperkatakan mengenai tabiat membaca penduduk tempatan. Apakah implikasi statistik berkenaan. Dari sudut bisnes - penerbitan buku dan perniagaan kedai buku - tidak serancak perniagaan lain (contohnya berbanding industri hiburan). Di sudut antropologi tabiat mengelak membaca menyebabkan khalayak lebih gemar duduk bersahaja sekali pun di warung kopi sambil memandang sesiapa yang berada berdekatan mereka.

Bagi mempertingkat minat membaca berbagai program cuba di atur oleh banyak pihak. Antaranya ialah dengan penganjuran pesta buku, bicara buku di radio dan TV dan macam-macam lagi. Turut terlibat dalam aktiviti yang sama ialah institusi seperti Ikim. Antara usaha Ikim ialah menerbitkan berbagai buku dan makalah bercorak islamik yang dijual kepada orang ramai. Salah satu penerbitan tersebut ialah majalah Visi. Harganya cuma Rm4 tetapi stoknya sering ditemui di kedai kerana tak ramai yang membelinya!

Majalah Visi

Terkini, Ikim akan mengadakan satu seminar bagi menyemai sikap menggalakkan rakyat membaca. Seminar dengan tema “The great books of the Islamic civilization” dijadual di adakan pada 12 – 13 Ogos. Menurut satu kenyataan Ikim objektif seminar tersebut antaranya adalah .. the seminar aims to introduce great works in the universal sense, the Islamic civilization as well as Malay culture …

Klip berita seminar anjuran Ikim yang bakal di adakan telah di siarkan oleh akhbar The Star. Ironisnya akhbar berbahasa Melayu tidak pula memuatkan berita berkenaan.

June 17, 2008

Kedai Buku Terpakai

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:46 am

Satu lagi tempat mencari buku untuk dibeli ialah di kedai buku terpakai (second-hand books). Sebenarnya agak susah untuk menemui kedai buku terpakai kerana bilangannya amat sedikit. Kewujudan kedai buku terpakai mungkin hanya diketahui oleh segelintir pelanggan tetapnya sahaja.

Sebuah kedai buku terpakai di The Mall KL

Di KL terdapat beberapa tempat menjual buku terpakai. Sebuah darinya ialah The Book Chest terletak di Kompleks Membeli-belah The Mall. Di kedai ini peminat novel boleh membeli tiga buah novel terpakai dengan harga Rm10. Kedai dengan konsep yang serupa mungkin juga boleh ditemui di Pasar Seni. 

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph