Kedai Buku
Perniagaan kedai buku merupakan suatu yang tidak banyak. Agak sukar untuk kita mencari kedai buku lebih-lebih lagi di persekitaran taman perumahan. Kedai menjual surat khabar dan majalah ada di merata tempat tetapi mereka tak pula menjual buku. Kesukaran mencari kedai buku mungkin satu petunjuk yang menyokong pendapat bahawa rakyat negara kita tidak suka membaca. Makanya di sudut ekonomi perniagaan kedai buku tidak memberi pulangan yang meyakinkan.
Sebuah kedai buku di Tallinn, Estonia. Kedai ini terletak di sebuah kawasan yang menjadi tumpuan pelancung. Namun begitu tak ramai pengunjung yang datang ke kedai buku. Kebanyakan buku yang dijual ialah dalam bahasa Estonia, amat sedikit buku bahasa Inggeris.
Sebuah lagi kedai buku di Tallinn. Waktu foto ini di ambil kedai tersebut tutup kerana hari Ahad.
Kedai buku lebih mudah ditemui di bandar-bandar besar seperti KL dan JB. Malah membuka perniagaan di kompleks mewah seperti KLCC dan Times Square. Kedai buku seperti MPH dan Popular juga boleh ditemui di Kompleks Jusco yang banyak dibuka di merata tempat.
