Ibnu Hajar Al Asqolani
Kita sering mendengar banyak nama-nama ulama silam disebut oleh para ustaz ketika menyampaikan kuliah agama. Lebih-lebih lagi kalau kuliah tersebut berpandukan kitab-kitab tertentu yang diguna sebagai sumber rujukan. Salah satu nama ulama besar yang sering kita dengar ialah Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani. Ada juga yang mengejanya sebagai Al-Asqalani.
Nama sebenar Imam Ibnu Hajar ialah Abul Fadhl Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Mahmud bin Hajar. Makanya Hajar adalah nama keturunan keluarga beliau dan Al-Asqolani di ambil dari Asqalan iaitu nama sebuah kota di Palestin. Imam Ibnu Hajar lahir di Mesir pada tahun 773H dan meninggal dunia pada 852H. Beliau banyak sekali menulis kitab iaitu hingga jumlahnya melebihi 270. Selain ketokohannya sebagai ulama beliau juga pernah dilantik menjadi hakim.
Sedikit catatan mengenai Ibnu Hajar boleh di baca di sini.
Masjid baru di Taman Daya JB
(Masjid ini baru saja siap dan masih menunggu masa untuk di guna secara rasmi)
…
