geopractice

May 15, 2008

Kedai Buku

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 6:25 am

Perniagaan kedai buku merupakan suatu yang tidak banyak. Agak sukar untuk kita mencari kedai buku lebih-lebih lagi di persekitaran taman perumahan. Kedai menjual surat khabar dan majalah ada di merata tempat tetapi mereka tak pula menjual buku. Kesukaran mencari kedai buku mungkin satu petunjuk yang menyokong pendapat bahawa rakyat negara kita tidak suka membaca. Makanya di sudut ekonomi perniagaan kedai buku tidak memberi pulangan yang meyakinkan.

Sebuah kedai buku di Tallinn, Estonia. Kedai ini terletak di sebuah kawasan yang menjadi tumpuan pelancung. Namun begitu tak ramai pengunjung yang datang ke kedai buku. Kebanyakan buku yang dijual ialah dalam bahasa Estonia, amat sedikit buku bahasa Inggeris.

Sebuah lagi kedai buku di Tallinn. Waktu foto ini di ambil kedai tersebut tutup kerana hari Ahad.

Kedai buku lebih mudah ditemui di bandar-bandar besar seperti KL dan JB. Malah membuka perniagaan di kompleks mewah seperti KLCC dan Times Square. Kedai buku seperti MPH dan Popular juga boleh ditemui di Kompleks Jusco yang banyak dibuka di merata tempat. 

May 7, 2008

Ibnu Hajar Al Asqolani

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 8:14 am

Kita sering mendengar banyak nama-nama ulama silam disebut oleh para ustaz ketika menyampaikan kuliah agama. Lebih-lebih lagi kalau kuliah tersebut berpandukan kitab-kitab tertentu yang diguna sebagai sumber rujukan. Salah satu nama ulama besar yang sering kita dengar ialah Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani. Ada juga yang mengejanya sebagai Al-Asqalani.

Nama sebenar Imam Ibnu Hajar ialah Abul Fadhl Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Mahmud bin Hajar. Makanya Hajar adalah nama keturunan keluarga beliau dan Al-Asqolani di ambil dari Asqalan iaitu nama sebuah kota di Palestin. Imam Ibnu Hajar lahir di Mesir pada tahun 773H dan meninggal dunia pada 852H. Beliau banyak sekali menulis kitab iaitu hingga jumlahnya melebihi 270. Selain ketokohannya sebagai ulama beliau juga pernah dilantik menjadi hakim.

Sedikit catatan mengenai Ibnu Hajar boleh di baca di sini.

Masjid baru di Taman Daya JB

(Masjid ini baru saja siap dan masih menunggu masa untuk di guna secara rasmi)

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph