geopractice

March 26, 2008

Membaca Al-Arqam

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 7:12 am

Al-Arqam merupakan sebuah jemaah yang terkenal pada suatu ketika dahulu. Ia mempunyai pengikut yang ramai dan beroperasi bukan sahaja di Malaysia malah Singapura, Indonesia dan juga Thailand. Di Malaysia, pergerakan jemaah Arqam telah difatwa sebagai haram oleh kerajaan. Namun ada kemungkinan saki-baki pengikut jemaah berkenaan terus berusaha menghidupkan gerakan mereka dengan jenama yang lain.

Kewujudan Al-Aqam dan legasinya sememangnya mendapat perhatian ramai. Ini dapat dilihat dengan banyaknya buku yang ditulis tentang mereka. Di PSZ terdapat sekurang-kurangnya 4 judul buku mengenai Al-Arqam iaitu;

1. Al-Arqam di sebalik tabir oleh Ann Wan Seng (Penerbit UM, 2006) - BP63 M27 A56

2. Rahsia Arqam oleh Ann Wan Seng, PTS 2005 - BP10 A56

3. Al-Arqam - ajaran aurad Muhammadiah - suatu penilaian, oleh Farahwahida Mohd Yusof. (Penerbit UTM, 2007)

4. Gerakan Islam tradisional di Malaysia: sejarah pemikiran jemaah tabligh dan Darul Arqam oleh Abdul Rahman Haji Abdullah (Penerbitan Karisma, 2007)

Buku Arqam oleh Farahwahida Mohd Yusof, UTM

Selain buku terdapat juga berbagai kertas kerja di tulis mengenai tajuk yang sama. Satu kertas kerja berjudul "Was Darul Arqam a potential threat to the Malaysian state" boleh di baca di sini. Tidak ketinggalan juga sebilangan tesis di ipta yang mengkaji mengenai Al-Arqam.

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph