Bangkok Halal Update
Sedikit maklumat tambahan mengenai restoran halal di Bangkok. Beberapa tempat pilihan disenaraikan di sini. Panduan mengenai transport awam untuk ke tempat tersebut juga ditunjukkan. Umpamanya untuk ke kawasan Sukhumvit Soi 13, Watana, Bangkok boleh menaiki Skytrain (turun di stn Nana) atau boleh menaiki Subway (turun di stn Sukhumvit).
Sebuah tempat lagi ialah di Restoran Beirut. Terletak di Ground Floor, J-City, 64 Silom Road, Bangrak, Bangkok. Untuk ke situ naikilah Skytrain (turun di Sala Daeng) atau Subway (turun di Silom).
Ini bukannya gambar kedai makan di Bangkok tetapi gerai makan di Tg Sedili. Di situ memanglah semuanya halal!
