Buku Neil Amstrong
Eksplorasi ke bulan oleh Neil Amstrong dengan misi Apollo pada tahun 1969 merupakan satu peristiwa besar yang menjadi ingatan ramai. Namun, peristiwa pendaratan beliau di bulan turut dipersoal oleh banyak pihak. Baca sebuah laporannya di sini. Agak sukar untuk kita menilai siapa yang betul hujahnya dalam perdebatan ini.
Apa yang pasti ialah sebuah buku "First on the moon: A voyage with Neil Amstrong, Michael Collins & Edwin E Aldrin Jr telah ditulis dan diterbitkan pada tahun 1970. Buku setebal 434 muka surat menceritakan dengan lengkap kisah-kisah pengembaraan Neil Amstrong ke bulan. Kepada yang berminat untuk meneruskan perdebatan ini boleh membaca buku tersebut.
Memandangkan buku berkenaan diterbitkan sebaik sahaja sejurus selepas berlakunya pendaratan Neil Amstrong dan penceritaannya yang agak lengkap maka sukar juga untuk kita tidak mempercayai apa yang berlaku.
