geopractice

February 13, 2008

Antropologi Islam

Filed under: Uncategorized - Administrator @ 6:25 am

Apabila merayau-rayau di internet pastinya kita akan bertemu dengan sesuatu yang menarik. Maklumat yang ditemui itu tentunya mengundang untuk diulang-lihat dan dikaji. Salah satu bahan menarik yang ditemui adalah sumber bacaan yang boleh dikategori sebagai kajian antropologi islam. Umpamanya di Britain, semenjak berlakunya kempen menentang keganasan (war against terror) berbagai kajian berkaitan Islam giat dijalankan. Ini termasuklah dalam aspek antropologi. Sebagai contoh ialah satu kajian yang melihat apakah bahan bacaan dan sumber maklumat yang tersimpan di rak-rak masjid di UK. Kajian tersebut menghasilkan sebuah laporan - The hijacking of British Islam: How extremist literature is subverting mosques in the UK. 

Dalam perkembangan lain kajian berkenaan telah mendapat kritikan daripada para ahli antropologi. Sebagai contoh baca kritikan yang dilaporkan di sini dan juga di sini. Tujuan laporan berkenaan diterbitkan sebenarnya lebih kepada usaha untuk memburuk-buruk institusi Islam di Britain.

Foto ini menunjukkan papan tanda sebuah musola tetapi bukan di UK. Tempat solat ini adalah di Lapangan Terbang Frankfurt - ia terletak di Balai B, Terminal 1 FRA.

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://geopractice.blogsome.com/2008/02/13/antropologi-islam/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Janis Joseph