Besi Buruk & Alang
Perniagaan besi buruk adalah suatu yang sinonim dengan masyarakat India di Malaysia. Mereka memiliki kedai atau gudang untuk membeli dan melonggok besi buruk. Persoalannya apakah kesudahan kepada besi buruk tersebut. Siapa pula yang membelinya dan sampai ke mana kitaran perniagaan ini?
Ironisnya perniagaan besi buruk diperingkat global juga adalah milik orang India dan berpengkalan di India. Salah satu yang terkenal adalah limbungan kapal Alang, berhampiran Mumbai India. Istimewanya Limbungan Alang adalah kerana ia tidak membina kapal sebaliknya merungkai kapal untuk dijadi besi buruk. Contohnya, kapal Blue Lady (foto di bawah) sudah sedia berlabuh di Limbungan Alang menunggu masa untuk di bongkar menjadi besi buruk.

Kapal Blue Lady
Namun terdapat satu isu penting yang sering diperdebatkan mengenai Limbungan Alang iaitu berkaitan pencemaran toxic yang serius. Pencemaran tersebut amat bahaya sehingga kerja-kerja di situ disebut sebagai bukan sahaja memusnahkan kapal malah turut sama memusnahkan manusia. Baca laporannya di sini.
